Bagaimanapun, pada kejohanan liga PUBG Amerika Utara, National PUBG League(NPL) baru-baru ini, 4 pemain profesional daripada 4 pasukan berbeza telah ditangkap menipu semasa menyertai kejohanan berkenaan.
Mereka ialah Christian “Cuhris” Narvaez, Liam “Liammm” Tran, Tyler “DevowR” Sti, dan Mark “Tefl0n” Formaro. Pasukan yang diwakili oleh mereka(Reapers, Totality, Death Row, dan Almost) juga telah disingkirkan daripada kejohanan serta-merta.
Kesemua mereka didakwa telah menggunakan "program yang tidak diiktiraf" semasa bermain. Keempat-empatnya juga dikatakan menggunakan perisian pihak ketiga bagi menipu dalam perlawanan awam serta kelayakan NPL.
Mereka yang terlibat telah digantung daripada menyertai mana-mana kejohanan e-sukan selama tiga tahun, bermula dari tarikh 31 Disember 2018. Pengumuman mengenainya telah dibuat oleh PUBG melalui akaun Twitter rasminya baru-baru ini.
https://twitter.com/PUBGEsports/status/1079844118136729600
Sumber: PUBG Esports
Berkaitan
- (Video) Huawei Membayangkan Siri Mate 20 Akan Tiba Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi
- Mohon Kerja Di MacDonald's Melalui Snaplication- Aplikasi Snapchat
- Perkara Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Kemaskini PUBG Mobile 0.7.0
- (Video) CEO Xiaomi Pertonton Rekaan Sebenar Telefon Boleh Lipat Mereka
- Muat Turun PUBG Percuma Di Xbox One Berikutan Ura-Ura PUBG Ke PS4
- Xiaomi Sindir Rekaan Takuk Melalui Video Iklan Mi 9T
- Ketagihan Jadi Punca Kerajaan Nepal Haramkan PUBG
- (Video) Huawei Anjurkan Kejohanan Pengecasan Tanpa Wayar Berbalik
- Xiaomi Mi Mix 3 Muncul Dalam Satu Video Acah Menjelang Tarikh Pelancarannya 25 Oktober Ini
- Snapchat Umumkan Kerjasama Bersama Shazam