4 Ciri Baru Akan Diperkenalkan Pada Tetapan 'wallpaper' Aplikasi WhatsApp

WhatsApp dikhabarkan sedang menguji 4 ciri baru yang membolehkan pengguna melakukan tetapan khusus ke atas 'wallpaper' dalam aplikasi tersebut.

Ciri yang dikenali sebagai Advanced Wallpaper features itu sedang ditawarkan pada pengguna WhatsApp versi Beta di platfom iOS dan Android.

Tetapan terbaru yang akan diperkenalkan pada 'wallpaper' WhatsApp adalah pengguna akan boleh menetapkan 'wallpaper' khusus pada setiap ruang sembang yang berbeza.

Malah pengguna juga boleh menetapkan tahap kesamaran (opacity) wallpaper tersebut.

Juga sebanyak 61 wallpaper baru akan diperkenalkan yang terdiri daripada 32 imej untuk tetapan mod cerah dan 29 lagi untuk tetapan mod gelap WhatsApp.

Selain itu, pengguna juga akan boleh melapisi (overlay) Doodle ke atas wallpaper WhatsApp.

Semua ciri baru ini dijangka akan ditawarkan kepada semua pengguna WhatsApp secara berperingkat dalam kemas kini akan datang.

Sumber: Wabeta Info

Berkaitan