Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3 Siri Laptop ROG Baharu Tiba Di Malaysia, Harga Dari RM13 Ribu Hingga RM37 Ribu

3 Siri Laptop ROG Baharu Tiba Di Malaysia, Harga Dari RM13 Ribu Hingga RM37 Ribu

Diterbitkan Jun 29, 2026 · Dikemas kini Jun 29, 2026 oleh ariff bukhari

ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia telah melancarkan siri laptop gaming 2026  untuk komuniti gamer dan pencipta kandungan.

Menamplikan siri utamanya ROG Zephyrus Duo (2026), ia merupakan komputer riba permainan pertama di dunia dengan skrin OLED dwi 16 inci.

Ia dilengkapi dua paparan 3K ROG Nebula HDR dengan kadar segar semula 120Hz, respons pantas 0.2ms, serta ketepatan warna profesional, menjadikannya sesuai untuk gamer dan pencipta kandungan.

GX651 Scenario Rendering_03
ROG Zephyrus Duo dipacu pemproses Intel Core Ultra 9 386H dengan 64GB RAM, storan 2TB dan grafik dikuasakan RTX 5090.

Turut dilancar adalah ROG Strix (2026) menerusi model 16 inci dan 18 inci.

Hadir dengan pilihan pemproses Intel Core Ultra 7 dan 9 290HX Plus. kuasa grafik juga tersedia menerusi siri GPU NVIDIA GeForce RTX 5060 hingga 5090, sekali gus menawarkan prestasi tinggi yang sesuai untuk permainan dan kerja kreatif.

2026 ROG Strix G16, G18_G615, G815_lineup_02
ROG Strix G16 dan G18.

Selain itu, untuk pilihan yang lebih berkuasa, ROG Strix SCAR 18 (2026) hadir sebagai model flagship dengan kuasa pemproses Intel Core Ultra 9 290HX Plus dan GPU NVIDIA GeForce RTX 5090.

Ia menawarkan prestasi maksimum sehingga 320W, sesuai untuk permainan AAA, kerja kreatif berskala besar, dan pembangunan AI.

Untuk model ROG Strix G16 dan G18, harga jualannya adalah bermula dari RM12,999 hingga RM16,999, manakala model ROG Strix SCAR pula, ia ditawar dengan harga dari RM27,999 hingga RM,32,999.

Sementara model ROG Zephyrus Duo berharga RM36,999.

Kesemua model ini sudah pun mula dijual di Malaysia bermula 26 Jun 2026, dengan promosi awal sehingga 17 Julai bernilai RM2,948.

Pre order visual _ Group bundle

Beli barisan produk terkini ROG dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clnl9vm
  • Lazada – https://invl.me/clnl9vi

Berkaitan

  • ROG Perkenal Skrin Sentuh Bersaiz 12.3 Inci untuk Gamer Dan Streamer
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • ASUS Umum ROG XBOX Ally X20 Bundle – Skrin OLED 7.4 Inci, Rekaan Lut Sinar, Cermin Mata AR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY