Yang terbaru adalah dalam bulan ini sahaja, Firefox telah memberhentikan 250 orang pekerja mereka.
Angka tersebut memberi kesan terhadap 25% pekerja syarikat tersebut. Pemberhentian itu terpaksa dibuat kerana Firfox terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 yang sehingga kini masih belum tamat sepenuhnya.
"Economic conditions resulting from the global pandemic have significantly impacted our revenue. As a result, our pre-COVID plan was no longer workable" Mitchell Baker, Cif Eksekutif Firefox.
Ini bukanlah kali pertama Firefox memberhentikan pekerja mereka. Sebelum ini pada awal tahun ini juga, Firefox telah memberhentikan 70 orang pekerja mereka yang terdiri daripada para pakar juruaturcara perisian.
Ia berikutan penurunan yang agak ketara terhadap penggunaan pelayar Firefox.
Sebagai perbandingan, pengguna pelayar Firefox untuk versi komputer dan telefon pintar pada Julai 2019 lalu adalah pada kadar 4.09%. Tetapi pada Julai tahun ini pula, pengguna aktif Firefox hanya pada kadar 3.37% sahaja. (Data berdasarkan Net Market Share).
Firefox memberitahu, mereka kini dalam proses menstruktur semula dan mengecilkan syarikat dengan memberikan fokus utama kepada penambah baikan produk, pembangunan teknologi baru, hala tuju komuniti dan ekonomi.
Berkaitan
- Pelayar Opera GX Kini Dengan Ciri 'Network Limiter'
- Mesej Pemberian Kuota Internet Sebanyak 100GB Sempena Kemerdekaan Adalah Tidak Benar
- Kelajuan Purata Internet Mudah Alih Malaysia Atasi Indonesia Sebanyak 9.75Mbps - Ookla
- Google Akan Menyokong Pelayar Chrome Untuk Pengguna Windows 7 Sehingga Julai 2021
- Pelayar Opera 64 Kini Lebih Pantas, Lebih Privasi Dan Lebih Stabil
- Jepun Menetapkan Tanda Aras Baru Kelajuan Internet Dunia
- "Pelayar Kami Adalah Yang Paling Selamat Berbanding Pelayar Lain" - Mozilla
- Pelajar Dilaporkan Maut Dalam Kejadian Langgar Lari Ketika Mencari Liputan Internet
- Kampung Pinggan-Pinggan Kini Miliki Pusat Internet Pertama Di Malaysia Yang Menyokong Kelajuan Internet Sehingga 300Mbps
- Isu Capaian Internet Di Kg. Pangi Mendapat Perhatian SKMM