3 Aktiviti Ini Masih Dilarang Aktif Ketika PKPP Dari 10 Jun Hingga 31 Ogos 2020

Lebih banyak ktiviti dan sektor lain sudah boleh mula aktif secara berperingkat atau sepenuhnya bermula 10 Jun ini.


Seperti semua sedia maklum, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan khabar gembira di mana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan tamat pada 9 Jun ini.

Walaupun digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, tetapi kerajaan mula membenarkan aktiviti-aktiviti utama.

Berikut adalah senarai ringkasan aktiviti yang dibenarkan aktif secara berperingkat atau sepenuhnya bermula 10 Jun 2020:-

1. Perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD. Ini bermakna aktiviti pelancongan domestik dibenarkan.







2. Hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya dibenarkan beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP. Sebagai contoh perkhidmatan gunting rambut dan salun, pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazaria, medan selera, pusat penjaja, food truck dan gerai makan juga dibenarkan aktif.

3. Aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan. Ia termasuklah lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem. Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan.

4. Kategori sukan yang melibatkan beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula dengan pematuhan kepada SOP. Ini termasuk latihan persediaan pasukan permainan sukan, aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain. Aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal juga dibenarkan.

5. Sambutan perayaan dan aktiviti keagamaan juga dibenarkan. Sebagai contoh, sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban akan dibenarkan.

6. Sesi persekolahan akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP ini setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

7. Waktu operasi perniagaan akan kembali seperti biasa dengan pelaksanaan kebiasaan baharu yang melibatkan pemilik premis dan pelanggan.




Sungguhpun banyak kelonggaran diberikan kerajaan kepada masyarakat, rakyat tetap diingatkan supaya mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan kerana negara masih lagi dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

Malah kerajaan juga mengumumkan beberapa sektor dan aktiviti lain yang masih belum boleh aktif sepanjang PKPP ini. Berikut adalah senarai sektor dan aktiviti yang masih kekal tidak dibenarkan aktif:-

1. . Aktiviti pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti lain yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada SOP adalah masih dilarang aktif.




2.  Pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di stadium, sukan renang dan kolam renang awam, dan sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bolasepak, bola keranjang dan hoki masih dilarang aktif ketika ini.

3. Aktiviti melancong ke luar negara juga masih tidak dibenarkan kerana sempadan negara masih ditutup.

Oleh itu, disebalik kelonggaran yang diberikan, orang ramai diminta patuh dan berdisipilin kepada SOP yang ditetapkan kerajaan serta tidak melakukan aktiviti yang masih dilarang sepanjang PKPP ini.






Berkaitan