
Keupayaan memaparkan dua tetingkap dalam satu masa. Atas-bawah atau kiri-kanan.
15. Bixby - Pembantu Digital

Kalau Apple ada Siri, Microsoft dengan Cortana, dan Pixel dengan Google Assistant. Samsung turut tidak mahu ketinggalan dengan menghadirkan Bixby pada peranti S8. Terdapat satu butang khas disisi kiri telefon jika anda ingin melancarkan fungsi ini.
16. Bixby Home

Fungsi kedua ini turut dipanggil sebagai Bixby (pening la Samsung ni). Hampir sama dengan fungsi Google Now. Apa fungsinya? ia memaparkan informasi yang mungkin penting bagi sesetengah orang berdasarkan masa, lokasi, cuaca dan lain-lain. Google Now dah ada tapi masih Samsung buat benda ni?
17. Bixby Vision

Satu lagi fungsi yang turut dinamakan sebagai Bixby. Fungsi ini agak menarik kerana ia adalah augmented reality, yang mana pengguna boleh mengimbas menggunakan kamera dan informasi akan terpapar secara masa sebenar (real time).
18. S-Health

Aplikasi ini sangat berguna bagi anda yang mementingkan penjagaan kesihatan. Ia mengesan secara automatik; langkah, aktivit senaman, tidur (jika ada jam tangan pintar Samsung). Terdapat juga ruangan yang disediakan untuk merekod secara manual maklumat seperti, berat badan, makanan, glukosa darah, kafein, dan lain-lain.
19. Dex Station

Aksesori tambahan yang patut anda beli. Tak puas dengan skrin papara telefon? Tidak mengapa, kerana Dex Station boleh membantu dengan menyambungkan paparan ke monitor yang lebih besar.
20. Gerak isyarat pada skrin

Ia bukanlah fungsi baru tetapi sangat berguna kepada pengguna. Gerak isyarat/sentuhan ini bagaikan jalan pintas untuk membuka aplikasi. Boleh lihat beberapa contoh dibawah:
- Swipe pengimbas cap jari akan buka notifikasi
- Smart Stay - skrin akan menyala selama mana anda tenung skrin telefon
- Tekan butang Power 2 kali untuk buka aplikasi kamera
- Easy Mute - Senyapkan deringan dengan meletakan skrin menghadap kebawah ( dalam mesyuarat contohnya)
21. Pengecasan pantas

Hampir kesemua telefon pintar yang dikeluarkan sekarang tampil dengan fungsi pengecasan pantas. Masih menggunakan teknologi seperti model terdahulu, S8 mampu dicas penuh dalam masa 1jam setengah, tapi dengan syarat skrin paparan tidak menyala.
22. Pad pengecas tanpa wayar

Aksesori tambahan yang boleh anda beli jika tidak mahukan kabel pengecas yang berselirat.
23. Samsung Pay

Fungsi bayaran yang memudahkan anda kerana tidak melibatkan wang tunai, mahupun kad. Rangkaian stesen minyak Petronas dalam negara juga sudah menyokong fungsi bayaran ini.
24. Skrin sentiasa menyala

Skrin tidak akan terpadam, walaupun dalam keadaan "sleep", anda masih boleh melihat informasi yang dipaparkan skrin seperti bateri. Sesuai bagi anda yang selalu melihat waktu menggunakan telefon. Mesti kuat makan bateri? Agak la, tapi ada boleh matikan fungsi ini jika mahu.
25. Smart Unlock

Fungsi dari Android, bukan Samsung tapi ia menarik. Telefon tidak dikunci selagi anda berada dalam kawasan yang ditetapkan sebagai contoh
- Anda boleh tetapkan jarak dalam sesuatu kawasan (rumah)
- Berada berhampiran peranti Bluetooth (jam tangan pintar)
- Berdasarkan gerakan badan
Tidak perlu, imbas cap jari, tidak perlu kata laluan. Nyahkunci dengan mudah menerusi fungsi ini.
26. Bicu audio

Kalis air bukan alasan untuk Samsung membuang bicu audio pada S8.
Jadi itulah dia 26 perkara yang mungkin ada diantara yang masih tertanya-tanya tentang model flagship tahun 2017 Samsung ini.
Untuk baca bahagian 1 sila klik sini.
Berkaitan
- Pegawai Di White House Minta Tangguh 2 Tahun Sekatan Keatas Huawei
- Facebook Perkenal Fungsi Permainan Dalam Aplikasi Messenger
- Google Pixel 3 Mengalami Masalah Kepanasan Sehingga Mematikan Peranti
- China Adalah Penyumbang Terbesar Bagi Pasaran 5G Dunia Setakat Suku Ke-2 Tahun Ini
- Pra Tempah Sekarang OPPO R9s Edisi Hitam (Rm1828) - Percuma Smart Band
- Wanita Lebih Banyak Buat Pembelian Dalam Aplikasi Permainan
- Ubah Video Kepada GIF Hanya Menggunakan Whatsapp
- Laman Weibo Dedah Tarikh Pelancaran Xiaomi Mi Note 2
- Adakah Razer Phone 3 Akan Hadir Dengan Rekaan Seperti Ini?
- Huawei Patenkan Rekaan Antaramuka Untuk Ciri Kamera Bawah Paparan