26 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Samsung Galaxy S8 (Bahagian 1)

Dilancarkan pada awal Mei yang lalu, Samsung Galaxy S8  berjaya dijual sebanyak 5 juta unit pada bulan pertama.

Berdasarkan laporan dari Consumer Reports, model flagship ini telah dinamakan sebagai telefon pintar terbaik di pasaran diikuti dengan beberapa model lain seperti S7 Edge, LG G6 Dan juga iPhone 7 Plus.

Bagi anda yang tertanya-tanya apa kelebihan yang ada pada Galaxy S8 ini, dibawah merupakan senarai 27 kelebihan peranti tersebut.

1. Skrin melengkung



Matlamat reka bentuk S8 adalah "skrin luas di dalam ruang yang kecil". Ini dapat dilihat kepada skrin S8 yang berbeza dari telefon pintar yang lain; sisi melengkung dan bahagian atas dan bawah dengan bezel yang tipis.

2. Paparan lengkung



S8 mempunyai paparan lengkung yang boleh menempatkan aplikasi yang kerap digunakan seperti, kenalan, tetapan dan juga maklumat yang lain. Anda boleh pilih sama ada paparan lengkung itu terpapar pada sebelah kiri atau kanan skrin.

3. Mod peningkatan video

Mod ini meningkatkan mutu video dari segi kontra dan juga kecerahan.

4. Jangka hayat bateri lebih lama

Ia bukan bermaksud kuasa bateri tahan selepas dicas, tetapi dari segi jangka hayat keseluruhannya. Menurut Samsung, selepas setahun, bateri akan mengekalkan 95% kapasiti pengisian berbanding 80%, oleh Galaxy S7.

5. Pengecaman iris



Nyahkunci peranti S8 hanya dengan menggunakan jelingan mata ke lensa kamera. Ia mampu mengecam anak mata anda walaupun anda memakai kacamata.

6. Pengecaman wajah



Selain daripada pengimbas cap jari yang terletak di bahagian belakang, S8 juga mampu dibuka melalui pengecaman wajah. Walaupun begitu, fungsi ini berjaya dipintas dengan hanya menggunakan gambar sahaja. Pihak Samsung berjanji untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

7. Gigabit LTE



S8 dan S8+ merupakan telefon pintar yang menyokong sambungan Gigabit LTE.

8. Mod Potret



Dari segi kamera utama tiada peningkatan jika dibandingkan dengan S7, tetapi dari segi perisian kamera, ya ada. Ia seakan-akan efek bokeh, subjek kelihatan jelas dan latarbelakang sedikit kabur (lebih kurang macam iPhone 7). Apa yang menarik adalah anda boleh laraskan efek kabur itu selepas gambar diambil. Selain itu, latar hadapan juga boleh dikaburkan dan menjadikan latarbelakang sebagai subjek.

9. Filter effect seakan-akan snapchat

Ciri ini sememangnya sering diguna pakai di dalam media sosial. Anda tidak perlu lagi memuat turun aplikasi pihak ketiga bagi menggunakan effect seperti telinga kucing, arnab dan beberapa pilihan lain.

10. Fungsi Virtual Shot



Ia sebenarnya sudah ada pada model terdahulu seperti S6 dan juga S7. Mod tangkapan ini membolehkan anda mengambil gambar subjek dari sudut 360 darjah.

11. Pensijilan HDR

S8 adalah telefon pertama mempunyai skrin serasi dengan HDR (High Dynamic Range). Ia bermaksud jika anda menonton filem HDR, warna paparan lebih jelas dengan julat tinggi dari terang ke gelap.

12. Kamera selfie yang dipertingkatkan

Hadir dengan lensa 8 megapiksel f/1.7, dan kebolehan autofokus.

13. Bluetooth 5

4 kali ganda jarak dan 2 kali ganda data jika dibandingkan dengan Bluetooth 4. Tapi ingat, ia dapat dinikmat jika peranti anda yang lain turut menyokong Bluetooth 5 (jam tangan pintar, speaker, fon kepala).

Baca sambungan bahagian 2 sila klik sini