Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Odyssey gaming monitors

2 Model Terbaru Monitor ‘Gaming’ Dari Samsung Di CES 2020

Diterbitkan Januari 5, 2020 · Dikemas kini Januari 5, 2020 oleh ariff bukhari

Paparan berprestasi tinggi khusus untuk pemain tegar permainan komputer.

Samsung Electronics Co., Ltd. telah perlihatkan barisan model terbaru monitor lengkung berprestasi tinggi  khusus untuk permainan komputer di pameran elektronik dan teknologi CES 2020.

Paparan terbaru ini yang dikenali sebagai Odyssey gaming monitor terdiri daripada 2 model iaitu G9 dan G7.

G9

Bagi mereka yang mahukan paparan berprestasi tinggi dengan skrin terbesar, anda boleh memilih model Odyssey Gaming Monitors G9 yang bersaiz 49 inci.

G9 merupakan paparan lengkung quad berkembar berdefinisi tinggi pertama di dunia (DQHD; resolusi paparan 5120×1440) dengan kadar segar pantas 240Hz.

2 Model Terbaru Monitor ‘Gaming’ Dari Samsung Di CES 2020
Odyssey Gaming Monitors G9.

G9 mampu menyokong tetapan kadar cerahan sehingga 1000 cd/m2. Monitor lengkung ini dilengkapi ciri teknologi Quantum dot yang digabungkan dengan panel HDR1000 VA bagi memberikan kualiti warna yang terbaik kepada pengguna.

Ia juga direka dengan rekaan moden dan turut dilengkapi kilauan cahaya dibelakangnya yang boleh ditetapkan pilihan warna sebanyak 52 warna dan 5 pilihan efek warna berbeza.

G7

Untuk mereka yang mahukan paparan bersaiz sederhana, anda boleh memilih model Odyssey Gaming Monitors G7 yang didatangkan dengan 2 saiz iaitu 32 inci dan 27 inci.

2 Model Terbaru Monitor ‘Gaming’ Dari Samsung Di CES 2020
Odyssey Gaming Monitors G7.

G7 juga adalah paparan lengkung quad berkembar berdefinisi tinggi (DQHD; resolusi paparan 2560×1440) dengan kadar segar pantas 240Hz dan mampu menyokong tetapan kadar cerahan sehingga 600 cd/m2.

Sama sepertimana model G9, G7 turut dilengkapi ciri teknologi Quantum dot yang digabungkan dengan panel HDR600 VA bagi memberikan kualiti warna yang terbaik kepada pengguna.

G7 dan G9 juga akan menyokong ciri NVIDIA G-SYNC dan Adaptive Sync.

Buat masa ini Samsung masih belum memaklumkan tanda harga rasmi bagi kedua-dua model monitor terbaru ini. Tetapi Samsung memaklumkan Odyssey Gaming Monitors akan mula dipasarkan ke seluruh dunia pada suku kedua 2020 nanti.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY