Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
2 Kecacatan Ditemui Pada Ciri Keselamatan Perisian Intel

2 Kecacatan Ditemui Pada Ciri Keselamatan Perisian Intel

Diterbitkan Julai 12, 2019 oleh ariff bukhari

Penyelidik luar dan pihak Intel sendiri menemui kecacatan perisian tersebut.

Intel melaporkan bahawa mereka telah menemui satu kelemahan ciri keselamatan pada perkakasan storan yang dipasarkan kepada pelanggan pusat data mereka. Model storan yang terjejas adalah siri storan SSD DC S4500/24600. Storan model ini berkapasiti antara 240GB hingga 4TB yang jimat tenaga dan berkos rendah.

Pihak Intel berkata, versi firmware terdahulu peranti tersebut didapati mengandungi pepijat yang membolehkan penggodam mengakses data yang terkandung di dalam storan tersebut menerusi akses fizikal.

Intel meletakkan status pepijat tersebut sebagai risiko sederhana.

Manakala satu lagi kecacatan perisian pula telah ditemui oleh penyelidik dari firma keselamatan Eclypsium di mana mereka menemui kelemahan ciri keselamatan pada Intel® Processor Diagnostic Tool .

Pihak Intel telah dimaklumkan akan penemuan kecacatan pada perisian mereka itu dan Intel  meletakkan status kecacatan tersebut sebagai berisiko tinggi.

2 Kecacatan Ditemui Pada Ciri Keselamatan Perisian Intel

Berikutan penemuan 2 kecacatan tersebut, pihak Intel telah pun sedia melepaskan kemas kini bagi membaik pulih isu tersebut.

Sumber: Toms Hardware 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY