Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
2 Aplikasi Terbaru Dari Google Ini Mungkin Dapat Membantu Ketagihan Telefon Pintar

2 Aplikasi Terbaru Dari Google Ini Mungkin Dapat Membantu Ketagihan Telefon Pintar

Diterbitkan Januari 22, 2020 oleh ariff bukhari

Aplikasi eksperimen dari Google Creative Lab.

Ketagihan telefon pintar merupakan isu yang hangat diperdebatkan sejak beberapa tahun lalu.

Malah isu ketagihan ini juga masih diperdebatkan sehingga kini. Ketagihan telefon pintar pula bukan sahaja boleh berlaku pada peringkat umur tertentu.

Sebaliknya boleh berlaku pada sesiapa sahaja, tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Sesiapa sahaja boleh menjadi ketagih sehingga menjadi kronik jika tiada kawalan terhadap penggunaan peranti pintar dari peringkat awal.

Atas kesedaran itu, pihak Google menerusi divisyen Google Creative Lab telah membangunkan 2 aplikasi khas yang direka khusus bagi membantu pengguna daripada ketagihan peranti pintar.

2 Aplikasi yang dibangunkan oleh Google Creative Lab ini adalah Activity Bubbles dan Screen Stopwatch

Activity Bubbles dan Screen Stopwatch

Activity Bubbles dan Screen Stopwatch secara asasnya adalah aplikasi wallpaper yang bertujuan menjejaki pengguna menghabiskan masa mereka di peranti pintar mereka.

Sebagai contoh, aplikasi Activity Bubbles akan menghasilkan imej bulat sebagai wallpaper langsung pada skrin peranti.

Imej bulat itu pula akan muncul dengan imej baru setiap kali anda membuka kunci peranti.

Malah imej bulat itu juga akan membesar apabila semakin lama anda menghabiskan masa di peranti tersebut.

Activity Bubbles
Aplikasi Activity Bubbles.

Manakala aplikasi Screen Stopwatch pula memberitahu pengguna masa yang mereka telah habiskan pada peranti mereka setiap hari. Setiap kali peranti dinyah kunci, Stopwatch akan mula berjalan dengan memaparkannya kepada pengguna.

2 Aplikasi Terbaru Dari Google Ini Mungkin Dapat Membantu Ketagihan Telefon Pintar
Aplikasi Screen Stopwatch.

Jadi, menerusi 2 aplikasi ini diharapkan pengguna akan lebih peka terhadap masa yang telah dihabiskan mereka sepanjang hari di depan skrin peranti.

Aplikasi Activity Bubbles dan Screen Stopwatch ini boleh dimuat turun secara percuma terus menerusi Google Play Store.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY