Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
15 Penggodam Ditahan Dan Didenda Sehingga $ 5.1 Juta Kerana PUBG

15 Penggodam Ditahan Dan Didenda Sehingga $ 5.1 Juta Kerana PUBG

Diterbitkan Mei 1, 2018 · Dikemas kini Mei 1, 2018 oleh Haikel Areff

Permainan video yang sangat popular hari ini, kini PlayerUnknown’s Battlegrounds yang dibangunkan oleh Bluehole sudah mempunyai purata pemain harian lebih daripada tiga juta pemain sehari. Bukan sahaja popular menerusi peranti komputer, malah permainan ini turut menjadi pilihan bagi penggemar permainan video di telefon pintar.

15 Penggodam Ditahan Dan Didenda Sehingga $ 5.1 Juta Kerana PUBG

Namun setiap permainan video yang mendapat sambutan hangat sudah semestinya akan menjadi tumpuan pelbagai pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan mudah, termasuk penggodam. Dan permainan PUBG ini juga tidak terkecuali. Ini dibuktikan apabila seramai 15 orang penggodam telah ditahan dan didenda sehingga $ 5.1 juta (~RM 20.2 juta) apabila disyaki menggodam sistem permainan PUBG dan menjual ‘cheat codes’ kepada pemain lain.

Kebanyakkan penahanan itu dikhabarkan telah dibuat di China jika menurut kepada nama suspek yang ditahan, lapor Techspot. Menurut mereka lagi, pada awal tahun ini, seramai 120 orang penggodam telah ditahan di China atas kesalahan yang sama. Ini menyebabkan pihak PUBG Corp telah mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan pada sistem permainan mereka, baik di komputer mahupun peranti mudah alih.

PUBG Mobile : Tips Dan Pilihan Senjata Mengikut Kelas

Selain menggodam sistem permainan, suspek juga dikatakan turut menyebarkan virus Huigezi Trojan horse yang membolehkan penggodam mengawal operasi sistem komputer mangsa serta mencuri data-data peribadi tanpa kebenaran. Atas sebab-sebab ini, pihak PUBG Corp menerusi Ryan Rigney berjanji untuk memastikan para pemain dapat menikmati permainan PUBG tanpa rasa bimbang dengan menaik taraf sistem keselamatan secara konsisten selepas ini.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY