Kemaskini Versi 0.13.0 PUBG Mobile Benarkan Anda Bertempur Antara Dua Pasukan Sahaja

Permainan Player Unknown's Battle Ground (PUBG) Mobile keluaran syarikat popular dari China, Tencent, telah mengemaskini versi bagi permainan kategori aksi itu dengan beberapa ciri menarik.

Dengan jumlah muat turun yang mencecah 400 juta dan 50 juta pengguna aktif, Tencent meraikannya dengan kemaskini khas bagi pengguna setia permainan itu. Ia kini membawa kemaskini mod terbaru iaitu pertarungan 4v4, satu peta terbaru, skin  yang boleh diubahsuai dan beberapa tetapan yang mempunyai pilihan yang lebih banyak.



Kemaskini baru versi 0.13.0 juga membawa tetapan berasingan bagi mod pemandangan pemain pertama dan ketiga. Tencent juga memperbaiki sistem keselamatan di dalam permainan itu bagi menghalang pengguna yang menggunakan aplikasi pihak ketiga yang mahu menipu ketika dalam permainan.

Pengguna kini boleh menggunakan tema eksklusif  dari filem terbaru Godzilla: King of the Monster di lobi dan beberapa acara tema secara terhad.

https://www.youtube.com/watch?v=KixjY5wPrrY

Antara kemaskini yang lain seperti penambahbaikan dalam sistem kedudukan populariti serta hadiah eksklusif bagi kedudukan pemain yang berada di dalam 100 pemain terbaik. Anda boleh dapatkan ciri-ciri ini semua dengan kemaskini yang sudah dilepaskan sejak 4 Jun lalu di Google PlayStore atau AppStore.

Sumber: YouTube, GSM Arena