Anda dinasihatkan membuang segera aplikasi-aplikasi tersebut.
Penyelidik keselamatan peranti pintar dari Sophos telah mendedahkan sebanyak 15 aplikasi popular yang ditawarkan di Google Play Store didapati mengandungi perisian hasad iklan yang boleh memudaratkan data dan privasi penggunanya.
15 aplikasi tersebut didapati telah dimuat turun lebih daripada 1.3 juta kali oleh pengguna Android di seluruh dunia.
Menurut penyelidik, aplikasi-aplikasi tersebut mengelirukan pengguna dengan pelbagai cara. Sebagai contoh, aplikasi Flash On Calls & Messages akan memaparkan mesej palsu apabila dilancarkan kononnya peranti Android pengguna tidak sesuai menggunakan aplikasi tersebut.
"When first launched, the app displays a message that says 'This app is incompatible with your device!' You might think that the app has crashed, because, after this “crash,” the app opens the Play Store and navigates to the page for Google Maps, to mislead you into thinking that the ubiquitous Maps app is the cause of the problem. It is not. This is a ruse."
Malah penyelidik juga mendapati, 9 daripada 15 aplikasi tersebut juga mengaburi pengguna dengan menyerupai ikon aplikasi sah. Dengan cara itu, ia menyebabkan pengguna lebih sukar mengesan aplikasi palsu tersebut.
Apliksi-aplikasi tersebut juga menyebabkan pengguna berdepan dengan lambakan iklan-iklan yang yang tiada kena-mengena.
Berikut adalah 15 aplikasi tersebut yang didapati mengandungi perisian hasad yang didedahkan penyelidik:-
• Flash On Calls & Messages
• Read QR Code
• Imagine Magic
• Generate Elves
• Savexpense
• QR Artifact
• Find Your Phone : Whistle
• Scavenger - - - speed guard
• Auto Cut Out Pro
• Background Cut Out
• Photo Background
• ImageProcessing
• Background Cut Out New
• Auto Cut Out
• Auto Cut Out 2019

Susulan pendedahan tersebut, pihak Google telah membuang kesemua 15 aplikasi tersebut dari Google Play Store.
Jadi sekiranya anda ada memasang aplikasi-aplikasi yang disenaraikan di sini, segeralah membuangnya dari peranti Android anda.
Sumber: Sophos
Berkaitan
- Pengguna Telefon Pintar iPhone Dan Android Dilaporkan Digodam Perisian Intip 'Hermit'
- Lebih Daripada 100 Aplilkasi Android Dikesan Membawa Iklan-Iklan Palsu Di Dalamnya
- Perisian Hasad 'Joker' Menyerang Lagi Peranti Android Menerusi 24 Aplikasi Ini
- Zenfone 6 Kini Menerima Kemas Kini Android 11
- Perisian Hasad Terbaru Didapati Mencuri Data Kewangan Pengguna Peranti Android
- Menurut Antutu, Ini Adalah 10 Telefon Pintar Android Global Paling Berkuasa Bagi Bulan Ogos 2022
- Google Gesa Matikan Segera Ciri Ini, 3 Pengeluar Telefon Pintar Android Terjejas
- 60 Aplikasi Android Dikesan Telah Dijangkiti Perisian Hasad ‘BearClod’, 'Haken' Dan 'Joker'
- Data Sensitif Pengguna Android Didapati Boleh Diakses Aplikasi Pihak Ketiga
- Guna Android? Ni Ada Lagi 21 Aplikasi Yang Penuh Dengan Perisian Hasad Telah Dibuang Dari Google Play Store