Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
12 Pengeluar Telefon Pintar Sah Akan Menggunakan Snapdragon 7 Series Dengan Sambungan 5G

12 Pengeluar Telefon Pintar Sah Akan Menggunakan Snapdragon 7 Series Dengan Sambungan 5G

Diterbitkan September 9, 2019 · Dikemas kini September 9, 2019 oleh ariff bukhari

Cip pemprosesan Snapdragon 7 Series dilengkapi dengan ciri sambungan 5G terbina dalam.

Di IFA 2019, Qualcomm telah memperkenalkan barisan cip pemprosesan terbaru mereka yang dijangka akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini

Cip pemprosesan Snapdragon 8 Series, 7 Series dan 6 Series yang dilengkapi dengan sambungan 5G terbina dalam bakal memacu perkembangan teknologi 5G bagi peranti mudah alih pada tahun hadapan.

“Qualcomm Technologies delivered the world’s first and most advanced 5G mobile platform including the first comprehensive Modem-RF System to accelerate 5G commercialization in 2019. And we are uniquely positioned to accelerate 5G commercialization to scale globally with our OEM and operator customers with expanded mobile platform offerings across our Snapdragon 8 Series, 7 Series and 6 Series in 2020.” Alex Katouzian, Timbalan Presiden dan Pengurus, Peranti Mudah Alih, Qualcomm Technologies, Inc.

Barisan cip ini adalah merupakan yang pertama cip pemprosesan untuk peranti mudah alih dari Qualcomm yang dilengkapi teknologi 5G terbina dalam.

Setakat ini, Snapdragon 8 Series sudah pun menguasakan sebahagian peranti mudah alih dengan sambungan 5G yang diperkenalkan dalam tahun ini.

12 Pengeluar Telefon Pintar Sah Akan Menggunakan Snapdragon 7 Series Dengan Sambungan 5G

Bagi cip Snapdragon 7 Series 5G Mobile Platform pula yang telah pun diumumkan pada Februari lalu, pihak Qualcomm mengesahkan yang ia bakal digunakan oleh 12 pengeluar telefon pintar Android termasuklah OPPO, realme, Redmi, Vivo, Motorola, HMD Global (Nokia) dan LG Electronics.

Cip pemprosesan tersebut bakal dimuatkan ke dalam model-model terbaru telefon pintar syarikat-syarikat itu pada tahun hadapan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY