Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Kesan Malware Menggunakan Pelayar Chrome

10 Perisian Hasad Berbahaya Dikesan Aktif Menyerang Pengguna Sepanjang 2019

Diterbitkan Februari 14, 2020 · Dikemas kini Februari 15, 2020 oleh ariff bukhari

Adware kekal menjadi perisian hasad yang paling banyak menyerang pengguna.

Dalam laporan terbaru berkaitan aktiviti perisian hasad sepanjang 2019 lalu oleh pihak Malwarebytes Labs, mereka menyenaraikan sebanyak 10 perisian hasad paling popular yang dikesan aktif menyerang pengguna di seluruh dunia.

Dalam laporan yang bertajuk 2020 State of Malware itu mereka mendapati adware masih kekal sebagai kategori perisian hasad yang paling banyak menyerang pengguna sepanjang 2019. Sama sepertimana tahun sebelumnya.

Malah serangan adware didapati meningkat pada 2019 dengan menjadikan pengguna Windows, Mac dan peranti pintar Android sebagai mangsa utama mereka.

“Adware has become much more aggressive in 2019, heavily targeting consumer and business endpoints on Windows, Mac and Android devices.” Malwarebytes Labs.

Berikut adalah senarai 10 perisian hasad yang paling banyak dikesan menyerang pengguna global sepanjang tahun 2019 lalu menurut Malwarebytes Labs:-

10 perisian hasad popular 2019
Kredit: Malwarebytes Labs

Malah mereka juga mengesan buat pertama kalinya pada tahun lalu, serangan perisian hasad ke atas pengguna Mac adalah lebih tinggi berbanding pengguna Windows.

“We saw a significant rise in the overall prevalence of Mac threats in 2019, with an increase of over 400 percent from 2018“.

“In total, we saw approximately 24 million Windows adware detections and 30 million Mac detections.” Malwarebytes Labs

Sementara adware tersembunyi pula dijangka akan terus menjadi trend untuk penjenayah siber mengaut keuntungan mudah menerusi platfom Android.

Laporan oleh pihak Malwarebytes Labs ini diperolehi menerusi penyelidikan dan analisis yang dimulakan mereka sejak 1 Januari hingga 31 Disember 2019.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY