10 Fakta & Statistik Menarik Mengenai Telefon Pintar Sepanjang Tahun 2016-2018

Industri telefon pintar telah berkembang semakin pesat pada hari ini. Boleh dikatakan, hampir setiap bulan pasti akan ada peranti baharu yang akan dilancarkan oleh pihak pengeluar.

Maka, tidak hairanlah pihak Statista menjangkakan menjelang penghung tahun ini, jumlah pengguna telefon pintar di seluruh dunia adalah sebanyak 4.57 billion.

Kapsyen: Kredit: IBTimes


Ini bermakna, lebih separuh penduduk Bumi hari ini adalah pengguna telefon pintar. Menarik bukan? Banyak lagi fakta dan statistik menarik mengenai industri telefon pintar untuk tahun 2016-2018. Nak tahu? Jom baca dekat bawah ni.

1. Pengguna iOS dijangka akan membelanjakan lebih kurang RM 460 billion di gedung Apple App Store pada 2018.  (Sumber: Appannie)

2. Pengguna menggunakan purata 80 aplikasi di telefon pintar mereka.  (Sumber: Appanie)

3. 75% daripada tontonan video atas talian dilakukan melalui telefon pintar.  (Sumber: eMarketer)

4. Samsung merupakan pengeluar yang berjaya menjual telefon pintar paling banyak dalam tempoh 2016-2018  (Sumber: VentureBeat)

Kapsyen: Kredit: DavidCarle


5. Google memacu carian di internet dengan digunakan oleh 72.7% pengguna, Baidu(13.68%) di tangga kedua dan Bing(7.76%) di tangga ketiga.  (Sumber: NetMarketShare)

6. 47% ibu bapa tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh anak mereka ketika menggunakan telefon pintar  (Sumber: MarketWired)

7. 63% pengguna yang memuat turun satu-satu aplikasi hanya menggunakannya untuk tempoh kurang dari satu bulan sebelum dinyah-pasang. (Sumber: Adweek)

8. 80% pengguna hanya menghabiskan masa menggunakan lima aplikasi sahaja di telefon pintar mereka.



9. Huawei memintas Apple dalam penguasaan pasaran pada tahun 2018 untuk menjadi pengeluar kedua terbesar di belakang Samsung.  (Sumber: DigitalTrends)

10. 91.5 billion aplikasi telah dimuat turun(buat kali pertama) pada tahun 2017.  (Sumber: SensorTower)

Sekian sahaja perkongsian fakta dan statistik daripada kami pada kali ini. Diharapkan tahun hadapan akan terus menjadi tahun yang memberangsangkan buat industri telefon pintar.

 

Sumber: Pelbagai

Berkaitan