Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ZTE Bakal Menjadi Mangsa Pertama Kepada Perang Dingin Terbaru Amerika Syarikat

ZTE Bakal Menjadi Mangsa Pertama Kepada Perang Dingin Terbaru Amerika Syarikat

Diterbitkan Mei 10, 2018 oleh Haikel Areff

Syarikat elektronik gergasi dari China, ZTE kini sedang berada di kedudukan yang amat merbahaya akibat daripada sekatan urusniaga yang dikenakan oleh kerajaan Amerika Syarikat kepada mereka sejak bulan lalu. Sekatan ini menyebabkan mereka tidak lagi dibenarkan untuk mendapatkan bekalan cip daripada syarikat pengeluar terkemuka seperti Qualcomm dan Intel yang berasal dari negara Uncle Sam berkenaan.

ZTE Bakal Menjadi Mangsa Pertama Kepada Perang Dingin Terbaru Amerika Syarikat

Menurut penganalisa industri, mereka berpendapat bahawa adalah sukar untuk ZTE terus bertahan untuk tempoh masa panjang selepas ini walaupun mereka berjaya mendapatkan pembekal baru bagi peralatan yang akan digunakan pada produk-produk mereka. ZTE sebelum ini telah meminta agar keputusan ini dikaji semula oleh pihak Pentagon agar urusniaga mereka dapat diselamatkan dan diteruskan seperti biasa.

Selain ZTE, satu lagi syarikat telekomunikasi dari China, Huawei turut dikenakan sekatan yang sama dan ini telah menyebabkan pihak kerajaan China memberi peringatan kepada Pentagon agar tidak mengeruhkan perang dagangan dengan mereka. Umum mengetahui bahawa kebanyakan proses menghasilkan produk keluaran syarikat dari Amerika Syarikat telah menjadikan China sebagai pusat operasi mereka.

ZTE Bakal Menjadi Mangsa Pertama Kepada Perang Dingin Terbaru Amerika Syarikat

ZTE sebelum ini telah dikenakan saman sebanyak $1.2 billion (~RM 4.74 bilion) oleh kerajaan Amerika Syarikat kerana telah melanggar syarat untuk tidak menjalankan sebarang perdagangan dengan Iran dan Korea Utara. ZTE telah menafikan tuduhan tersebut namun tetap bersetuju untuk membayar jumlah denda tersebut.

Satu lagi permohonan untuk penilaian semula sekatan ini telah dihantar oleh ZTE kepada Pentagon dan berharap keputusan permohonan kali ini adalah positif dan mereka akan dapat menjalankan urusniaga dengan pembekal dari Amerika Syarikat semula. Setakat ini, hanya syarikat MediaTek daripada Taiwan sahaja yang telah diberikan permit untuk membekalkan cip kepada pihak ZTE.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY