Amerika Sekat Sebarang Urusniaga Syarikat Tempatan Dengan Syarikat ZTE

Syarikat telekomunikasi kedua terbesar China, ZTE berdepan sedang dengan antara ancaman terbesar sejak penubuhannya apabila kerajaan negara Amerika Syarikat mengambil langkah untuk menghalang sebarang urusniaga di antara syarikat tempatan dengan mereka untuk 7 tahun mendatang. Kerajaan Amerika telah mengarahkan supaya syarikat yang berpangkalan di negara itu untuk berhenti membekalkan sebarang produk atau teknologi kepada ZTE.



Pihak ZTE berkata bahawa sekatan ini mampu menggugat keupayaan mereka untuk terus bertahan dalam pasaran serta dalam masa yang sama akan menyebabkan mereka kehilangan pelabur dan rakan kongsi mereka. Sebelum ini, satu lagi syarikat telekomunikasi China, Huawei telah disekat daripada menjalankan urusan perdagangan dengan syarikat di Amerika Syarikat. Hanya produk telefon pintar Huawei sahaja yang dibenarkan untuk dijual atau didagangkan di sana.

Untuk pengetahuan, perkara ini bermula apabila pihak ZTE telah mengaku salah dalam melanggar perjanjian perdagangan apabila menjalankan urusan dengan negara Iran dan Korea Utara yang mana umum mengetahu tentang permusuhan antara Amerika dengan dua negara tersebut. ZTE telah bersetuju untuk membayar denda sebanyak $1.2 billion (~RM4.68 billion) atas kesalahan berkenaan.



Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Negeri China, Hua Chunying telah memberi amaran kepada kerajaan Amerika Syarikat agar menilai kembali sekatan tersebut. Kedua-dua negara berkenaan kini sedang terlibat dalam perang perdagangan sejak sekian lama dan permasalahan ini mengeruhkan lagi keadaan.

Kerajaan China berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik supaya syarikat gergasi mereka ini dapat terus beroperasi seperti biasa. Untuk maklumat, pada tahun lalu syarikat ZTE telah mencatatkan jualan tahunan sekitar $17 billion(RM66.24 billion), kedua terbanyak bagi syarikat telekomunikasi China di belakang Huawei di tempat pertama.

Sumber