Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ZHIYUN Tech Perkenalkan Model Terbaru Gimbal ZHIYUN Smooth-Q2

ZHIYUN Tech Perkenalkan Model Terbaru Gimbal ZHIYUN Smooth-Q2

Diterbitkan Ogos 31, 2019 · Dikemas kini Ogos 31, 2019 oleh ariff bukhari

Gimbal untuk telefon pintar yang boleh dilipat. 

Jika sebelum ini, DJI Osmo Mobile 3 telah diperkenalkan dan direka bentuk supaya ia  boleh dilipat, kali ini sebuah lagi gimbal terbaru dari syarikat ZHIYUN Tech turut hadir dengan model terbaru gimbal untuk telefon pintar dengan ciri yang boleh dilipat.

Gimbal ZHIYUN Smooth-Q2 ini seberat 450 gram dan diperbuat daripada logam aluminium. Walaubagaimanapun ia sedikit berat berbanding DJI Osmo Mobile 3 yang hanya seberat 405g sahaja.

Antara ciri utama Gimbal ZHIYUN ini adalah aa boleh disimpan ke dalam poket tanpa pengguna perlu melipatnya terlebih dahulu.

ZHIYUN Smooth-Q2
Perbandingan yang menunjukkan betapa kecilnya gimbal ZHIYUN Smooth-Q2. Kredit: ZHIYUN Tech

Malah baterinya juga boleh ditanggalkan dan dicas dari luar. Ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4500 mAh yang membolehkan gimbal ini beroperasi sehingga 16 jam. ZHIYUN Smooth-Q2 sesuai digunakan hampir pada semua model telefon pintar yang berat maksimumnya 260 gram.

Pihak ZHIYUN Tech kini sedang mengumpul dana menerusi laman Kickstarter bagi meneruskan projek ini. ZHIYUN Smooth-Q2 ini dijangka akan mula ditawarkan kepada pengguna diseluruh dunia pada Oktober 2019 nanti.

Gimbal ringan dan kecil ini dijangka akan dijual pada harga HKD854 atau bersamaan dengan sekitar RM460 seunit.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
©2026 WISER.MY