Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Stories Bakal Ditamatkan Hujung Bulan Depan

YouTube Stories Bakal Ditamatkan Hujung Bulan Depan

Diterbitkan Mei 26, 2023 · Dikemas kini Mei 26, 2023 oleh Amalina Athman

Hanya sebulan dari sekarang Youtube bakal menamatkan Stories, iaitu ciri siaran sementara seakan Snapchat dan IGStory.

Berkaitan

  • YouTube Uji Ciri "Block" Penghalang Iklan
  • YouTube Premium Family Untuk Pengguna Malaysia Naik RM7

Bermula 26 Jun 2023, pilihan untuk memuat naik Youtube Story baharu tidak lagi tersedia, manakala siaran sedia ada akan dipadamkan secara automatik selepas 7 hari kiriman dibuat.

Untuk rekod, Stories pertama kali diperkenal sekitar enam tahun lalu dengan nama Reels dan hanya tersedia untuk pencipta kandungan yang mempunyai minimum 10,000 langganan.

Dengan penamatan ciri Stories ini kelak, YouTube menyediakan alternatif untuk menyiarkan kandungan di Community atau Shorts.

Baru-baru ini, akses untuk siaran Community turut diperluas bersama tambahan beberapa ciri baharu. Pencipta kandungan juga boleh berkongsi tinjauan pendapat, kuiz, imej dan video sebagai siaran Community.

Sementara itu, YouTube Shorts pula membolehkan pengguna menghasilkan video pendek, iaitu ciri seumpama video TikTok atau Reels di Instagram.

Sumber: YouTube

Gambar utama: Mashable

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY