Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Youtube Mengubah Peraturannya Sekali Lagi

Youtube Mengubah Peraturannya Sekali Lagi

Diterbitkan Jun 3, 2017 oleh Wiser MY

Youtube sebelum ini telah bertindak agresif dengan menggubal peraturan mereka dengan lebih ketat bagi menapis sebarang unsur keganasan, hasutan dan niat jahat dari menggunakan platform itu.

Sehubungan itu, banyak youtuber yang tidak berpuas hati dengan perubahan itu kerana sedikit sebanyak telah menganggu saluran mereka dari menjana pendapatan.

Youtube pada minggu ini telah mengubah syarat peraturan mereka dan dibahagikan kepada 3 kategori.

3 Kategori Utama Untuk Kandungan Yang Terkesan:

  • Kandungan Kebencian
  • Penggunaan Karekter Hiburan Keluarga Yang Tidak Sesuai
  • Kandungan Yang Menghasut Dan Menjatuhkan Maruah

Kandungan Kebencian

Mengikut Youtube ialah sebarang usaha yang mempromosikan diskriminasi atau memalukan individu atau kumpulan termasuk bangsa, etnik, asal-usul etnik, warganegara, agama, ketidakupayaan, umur, orientasi seksual, identiti jantina atau sebarang karekteristik yang terlibat dengan diskriminasi.

Penggunaan Karekter Hiburan Keluarga Yang Tidak Sesuai

Ini lebih kepada parodi atau seumpama dengannya. Karekter tersebut juga tidak boleh dikaitkan dengan keganasan, seksual, keji atau berkelakuan tidak senonoh.

Kandungan Yang Menghasut Dan Menjatuhkan Maruah

Kategori ini mungkin skopnya terlalu besar tetapi dengan tajuk sebegitu, mungkin Youtube cuba memastikan sebarang unsur tersebut yang akan bercanggah dengan pelanggan pengiklanan mereka tidak sama sekali terlibat dengan video di platform itu.

 

Kategori-kategori ini menjadi penanda terbaru bagi mereka yang menghasilkan kandungan digital dengan tujuan untuk menjana pendapatan dari video-video tersebut.

Jika video anda mempunyai unsur-unsur begini, besar kemungkinan video anda tidak boleh terlibat dengan program menjana pendapatan daripada Youtube.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY