Youtube Memperkenalkan 'Secret Dark Mode' - Bagaimana Untuk Mendapatkannya?

Seorang pengguna Reddit telah menjumpai cara untuk memberikan UI Youtube bewarna hitam pada Google Chrome versi 57. UI yang dipamerkan merubah mood menonton dalam warna yang lebih gelap bersama tulisan putih.

Kepada yang inginkan antara-muka Youtube yang baru ini. Ikuti langkah dibawah.

1.Pergi ke laman utama YouTube

383c7fc5084d8e0eceda4446d9cd8531859c1f63-tc-img-preview

2. Tekan Ctrl+Shift+I untuk platform Windows atau Option +Command+I untuk pengguna Mac. Kat sini pengguna akan dapat lihat Developer Menu. Selepas itu, tekan tab 'console'.

02b4f5b654493fa07dbf58abc2bc473372a6f617-tc-img-preview

3. Pautkan kod dibawah di tab console tersebut.

var cookieDate = new Date();

cookieDate.setFullYear(cookieDate.getFullYear( ) + 1);

document.cookie="VISITOR_INFO1_LIVE=fPQ4jCL6EiE; expires=" + cookieDate.toGMTString( ) + "; path=/";

4. Selepas berbuat demikian, tutup window menu tersebut dan refresh semula. Kemudian pengguna hanya perlu pergi ke profail youtube anda, switch ON di Dark Mode yang disediakan. 

cv

Ciri yang diperkenalkan ini hanya dalam bentuk percubaan dan ada kebarangkalian ciri ini akan ditarik semula. Harus saya ingatkan semula, ciri ini hanya boleh didapati untuk pengguna PC dan Chrome sahaja.

Selamat mencuba!