YouTube Kini Paparkan Video Tanpa Mengira Nisbah Paparan

Amat menjengkelkan apabila menonton video di YouTube dengan paparan yang tidak penuh.

Umum mengetahui mana-mana video yang dirakam dengan format selain 16:9 akan mempunyai bar hitam disisi video.



Memahami perasaan pengguna, Google tampil menyelesaikan masalah tersebut. Melalui kemaskini terbaru, format 16:9 dibuang dari platform perkongsian video tersebut.

YouTube selepas ini akan memaparkan secara penuh video tanpa mengira nisbah paparan dan perubahan ini boleh dilihat pada platform web.

Penawaran ini paparan penuh sudahpun dinikmati pada YouTube untuk telefon pintar.

Sumber: YouTube Help Forum