Ia menjadi bualan hangat kerana salah seorang yang mempercayai bahawa Bumi ini datar dan bukan sfera adalah seorang selebriti tempatan.
Kebangkitan mendadak teori ini turut mendapat perhatian pakar antarabangsa. Antaranya ialah Dr Asheley Landrum dari Texas Tech University.
Menurut satu uji kaji dan soal selidik yang dijalankan, beliau mendapati bahawa YouTube menjadi salah satu punca peningkatan golongan yang mempercayai Bumi itu adalah rata dan tidak bulat(sfera).
Pada soal selidik yang diadakan, daripada 30 orang peserta terlibat, 29 orang menyatakan bahawa mereka mula meragui kenyataan Bumi berbentuk sfera selepas menonton video-video mengenai teori Flat Earth di YouTube.
Video-video sebegini akan muncul di ruangan "Recommendation" apabila pengguna YouTube menonton video konspirasi lain seperti 9/11, pendaratan NASA ke Bulan dan sebagainya.
Antara video konspirasi Flat Earth yang paling popular di YouTube adalah bertajuk "Eric Dubay: 200 Proofs Earth is Not a Spinning Ball" dengan lebih 700 ribu tontonan.
Dalam pada itu, sebahagian besar dari golongan pakar dan para pengkaji di seluruh dunia menegaskan bahawa Bumi berbentuk sfera atau globe tanpa sebarang keraguan.
Sumber: The Guardian HuffPost Express UK
Berkaitan
- iOS 11.4 Bikin Pengguna Iphone Berang
- Pocophone F1 Mula Nikmati Kemaskini Android Pie Secara Berperingkat
- Android Chrome Akan Letakkan Search Bar Di Bahagian Bawah Skrin
- Samsung Galaxy Note 9, Peranti Android Pertama Menerima Permainan Fortnite Versi Mobile
- YouTube Didakwa Sedang Bangunkan Program Interaktif Ala Bendersnatch Mereka Sendiri
- YouTube Rewind 2018 Kini Rasmi Sebagai Video Paling Tidak Digemari Di YouTube
- Youtube Kini Menyokong Paparan Penuh Untuk iPhone X
- Jam Pintar Acer Leap Ware Menawarkan Banyak Sensor Tanpa Sistem Android Wear
- Kemaskini Android 6.0 Marshmallow Akhirnya Tiba Untuk Sony Xperia C5 Ultra
- Google Bakal Perkenalkan Edisi Ringan Bagi Android Pie Musim Luruh Ini