Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Dengan Ciri PiP Mula Diberikan Kepada Pengguna Biasa Diluar Amerika Syarikat

YouTube Dengan Ciri PiP Mula Diberikan Kepada Pengguna Biasa Diluar Amerika Syarikat

Diterbitkan April 8, 2019 ยท Dikemas kini April 8, 2019 oleh Helmi Samsuri

Ciri Picture-in-Picture pada YouTube sebelum ini hanya terhad disediakan kepada pengguna Premium (terdahulu dikenali sebagai YouTube Red) sahaja dan sekitar Jun tahun lalu, ia dibuka untuk pengguna biasa di Amerika Syarikat.

Kini, ciri terbabit dikatakan sudah dikembangkan lagi penawarannya untuk pengguna di Itali berdasarkan laporan dari laman Android Police.

Pilihan menu untuk mengaktifkan ciri PiP pada YouTube diletakkan pada ruang tetapan dan difahamkan, ia hanya beroperasi pada peranti yang menjalankan Android 8.0 Oreo dan keatas sahaja.

PiP atau Picture-in-Picture ini membolehkan pengguna menonton video di YouTube, sambil menggunakan aplikasi lain seperti membalas mesej atau melayari internet.

Pengguna mungkin menggemari ciri ini kerana boleh menonton video muzik sambil membuat perkara lain pada telefon pintar.Namun begitu, pemuat naik video mempunyai kawalan untuk menyekat akses kepada mod PiP seperti contoh, kebanyakkan video berkaitan dengan muzik tidak diaktifkan dengan mod ini.

Adakah PiP bakal dinikmati pengguna Malaysia? Sama-sama kita nantikan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
©2026 WISER.MY