Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Youtube Bawakan Ciri Mesej Dalam Aplikasi Untuk Kemaskini Terbaru Mereka

Youtube Bawakan Ciri Mesej Dalam Aplikasi Untuk Kemaskini Terbaru Mereka

Diterbitkan Ogos 8, 2017 oleh Helmi Samsuri

Youtube telah menambah ciri mesej dalam aplikasi yang membolehkan anda berkongsi video dan berbual bersama senarai kenalan yang lain, dan semua itu hanya di dalam satu aplikasi.

Youtube Bawakan Ciri Mesej Dalam Aplikasi Untuk Kemaskini Terbaru Mereka

Tujuan mereka adalah untuk menggalakkan pengguna berada di dalam aplikasi Youtube lebih lama, tanpa perlu meninggalkan aplikasi itu. Youtube menggelarkan ciri ini sebagai satu cara “perkongsian” video yang baru, tetapi jika dilihat, ia tidak ubah seperti antaramuka pemesejan.

Ia pertama kali diuji pada Mei 2016 yang lalu dan pada Januari 2017 yang lepas ia ditawarkan di Kanada untuk langkah ujian yang seterusnya. Mengapa Kanada? Hal ini kerana rakyat Kanada berkongsi video dalam talian lebih banyak berbanding rakyat negara lain.

Menurut syarikat, kemaskini aplikasi ini sudah mula penawarannya ke seluruh dunia dan tersedia untuk pengguna Android dan juga iOS.

https://www.youtube.com/watch?v=feBF_IY-HI8

Sumber: Youtube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY