Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-02-28 at 14.27.35

XOX Mula Tawar Perkhidmatan e-SIM, Harga Pelan Bermula Dari RM39

Diterbitkan Februari 28, 2019 oleh Helmi Samsuri

Selain menawarkan kad SIM fizikal, XOX Mobile kini turut menyertakan perkhidmatan e-SIM kepada beberapa peranti yang mempunyai sokongan tersebut.

Anda yang berminat boleh mendapatkan ciri ini melalui Pelan ONEXOX Black yang disediakan, bermula dari RM39 hinggalah RM149.

Screenshot 2019-02-28 at 12.24.52

Tiada cas lain dikenakan untuk e-SIM dimana pengguna hanya perlu membayar pakej langganan sahaja.

Pelan ini menjanjikan, lebihan data, SMS dan minit panggilan akan dibawa ke bulan berikutnya, internet berkelajuan tinggi setiap masa,

Ketika ini, e-SIM XOX hanya menyokong peranti yang berikut;

  • iPhone XR
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPad Pro (2018)
  • Google Pixel 3 XL
  • Google Pixel 3
  • Google Pixel 2XL
  • Google Pixel 2

Bakal pengguna tidak terikat dengan sebarang kontrak dan untuk pendaftaran dan untuk maklumat lanjut, boleh lawati laman XOX Mobile.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY