Xiaomi Turut Memperkenalkan Mi 9 SE Dengan Snapdragon 712

Bersama-sama pelancaran Mi 9 hari ini, Xiaomi turut memperkenalkan variasi pertengahan dikenali sebagai Mi 9 SE.

Menampilkan skrin paparan AMOLED pada ukuran 5.97 inci, takuk bahagian hadapan peranti ini dihuni dengan lensa 20MP untuk rakaman swafoto.



Disebelah belakang membariskan tiga lensa kamera iaitu 48MP+8MP+13Mp. Menguasakan peranti dari dalam adalah cip Snapdragon 712, sokongan NFC, RAM 6GB dengan dua pilihan memori, 64GB serta 128GB.

Model SE ini dijana dengan bateri 3070mAh dengan daya pengecasan 18W.

Didagangkan untuk pasaran China pada harga 1999 yuan (~RM1210) untuk memori 64GB dan (~RM1392).