Ujian ciri ini pertama kali dikesan pada Jumaat yang lalu oleh BGR India dimana mereka menyatakan ciri ini hanya boleh didapati pada versi beta berdaftar bagi pengguna yang menggunakan peranti iOS atau Android yang sudah root.
Pada skrin paparan utama Whatsapp versi Android beta, kelihatan ciri baru 'Status' terletak ditengah-tengah antara 'Chats' dan 'Calls'. Mungkin ada antara anda yang keliru ciri baru ini dengan status mesej yang lama. Status mesej yang lama adalah mesej yang kita akan nampak apabila kita melihat profil seseorang. Biasanya status mesej lama berbunyi seperti, 'Battery about to die', 'At the gym' dan sebagainya. Manakala ciri Status yang baru ini lebih kepada perkongsian secara visual antara anda dan rakan yang lain.
Untuk anda yang tidak tahu tentang Snapchat Stories, pengguna akan merakam video ataupun foto yang akan di edit dengan pelbagai emoji, tulisan berwarna dan banyak lagi dengan kenalan mereka. Begitu juga dengan Status, pengguna boleh menambah emoji, melukis serta meletakkan kapsyen menarik untuk apa jua bahan yang ingin dikongsikan dengan kenalan Whatsapp mereka.
Menurut BGR, Status yang dikongsikan itu akan bertahan selama 24 jam. Pengguna tidak boleh memadamkan status yang dikongsi dan tidak boleh menetapkan masa status samada lama atau sekejap. Selain itu, pengguna boleh memilih kenalan mana yang boleh melihat Status mereka-seperti contoh memilih secara manual ataupun pilih semua dan kemudian mengecualikan beberapa kenalan yang anda tidak mahu.
Snapchat memulakan ciri Stories 3 tahun yang lalu, dan ciri itu mendapat tumpuan ramai dimana hampir 10 bilion video dimuat naik setiap hari. Jelas hal ini menyebabkan mengapa Facebook menjalankan ujian terhadap ciri baru Whatsapp ini.
Pasti anda yang memiliki akaun Instagram sudah biasa melihat Instagram Stories. Facebook nampaknya mahu melancarkan ciri ini kesemua rangkaian media sosial milik mereka. Tambah lagi, bagi aplikasi Facebook Messenger juga dikhabarkan bakal mempunyai ciri stories ini dimana Messenger Day dikatakan sedang giat menjalani ujian.
Buat masa kini, Facebook dilihat lebih mengutamakan kandungan video dengan iklan sebagai satu langkah untuk meningkatkan keuntungan syarikat itu. Jadi, dengan adanya ciri Status untuk Whatsapp yang mempunyai lebih dari 1 bilion pengguna aktif merupakan langkah yang bijak. Terutama sekali selepas Facebook mengumumkan penukaran dasar polisi - membenarkan perniagaan memaparkan iklan kepada pengguna media sosial itu.
Ramai yang tertanya-tanya bagaimana syarikat media sosial terbesar dunia itu mahu meletakkan iklan di dalam aplikasi Whatsapp tanpa mengundang rasa kurang senang dari pengguna.
Berkaitan
- Windows 10 Insider 18898: Task Manager Akan Papar Jenis Cakera Keras Yang Digunakan Komputer
- Grup Chat Telegram Kini Boleh Menampung Sehingga 30,000 Orang Pengguna
- Unifi Dilihat Menawarkan Pelan 30Mbps Serendah RM39
- Sony Tamatkan Servis Muzik TrackID September Ini
- Cara Sumbang Barangan Kepada Mangsa Banjir Guna Carousell
- Batal Kerjasama Antara TM Dan TNB Boleh Elak Monopoli Dalam Industri
- Facebook, Instagram Dan WhatsApp Sedang Mengalami Masalah Bagi Pengguna Seluruh Dunia
- Telefon Pintar Bajet, Neffos X1 Lite Sudah Mendarat Di Malaysia - RM499
- Digi Terpaksa Tunda Tarikh Penamatan 3G
- Sokongan Alat Kawalan Untuk COD Mobile Sedang Diperkemaskan