Walaupun khabar angin beberapa bulan lepas tidak menyatakan penggunaan Snapdragon 865 pada versi Pro, tetapi sudah pasti ia akan hadir dengan cip berkuasa itu. Dari segi pengecasan pantas, ura-ura menyatakan Mi 10 Pro tampil dengan 66W dan RAM 16GB. Selain itu, kadar penyegaran paparan pula adalah 120Hz.
Bagi Mi 10, ia dijangka hadir dengan RAM 8/12GB serta storan 256GB. Tidak seperti spekulasi sebelum ini, kedua-dua peranti ini akan dipersenjatakan dengan kamera 108MP. Ia adalah berdasarkan daripada laporan XDA-Developers yang menemui dua peranti dengan nama kod umi dan cmi yang dikaitkan dengan Mi 10/10 Pro.
Sebuah lagi peranti Snapdragon 865 yang akan dipertaruhkan adalah Redmi K30 Pro dengan kod nama Imi. Spesifikasinya mungkin sama seperti Redmi K30 5G sedia ada seperti paparan 120Hz dan kamera utama 64MP.
Siri Mi 10 telah dijadualkan pengenalannya pada Selasa minggu hadapan dan peminat Xiaomi pasti tidak sabar-sabar menanti kedatangan flagship tersebut.
Sumber: GSMArena
Berkaitan
- Indeks Keselamatan Siber Global - Malaysia Di Tangga Ke 3 Dari Segi Komitmen Keselamatan Siber
- Google Memperkenal Family Link, Aplikasi Pantau Peranti Anak-Anak
- Lenovo Z6 Pro Mungkin Akan Dilengkapi Dengan Kamera 100MP
- Anda Peminat Command and Conquer? Muat Turun Boleh Dibuat Dari Google PlayStore Dan App Store
- Gigabyte Perkenal Unit Pemproses Grafik Low Profile GTX 1050 Dan 1050Ti
- Kirin 990, Cip Pertama Mengintegrasi Modem 5G Ke Cip Pemprosesan- Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenainya
- Barisan Telefon Pintar Xiaomi Yang Diramal Hadir Pada Tahun Ini
- Samsung Galaxy M10 Dan M20 Sudah Dilancarkan, Bakal Bersaing Dengan Xiaomi Di India
- realme Buds Wireless Pro Dapat Pengesahan SIRIM, Mungkin Dilancarkan Tidak Lama Lagi
- Mi 9T Habis Dijual Secara Pra-Tempah Dalam Hanya 2 Jam