Baca juga: Tiada Sebarang Pelancaran Pocophone Baharu, Hanya Penawaran Armoured Edition Di India Sahaja
Akan tetapi, luka di hati semua peminat juara telefon bajet 2018 itu pasti akan sedikit terubat apabila Poco F2 dilihat telah tersenarai di laman penanda aras Geekbench baru-baru ini.
Menurut penyenaraian berkenaan, Poco F2 dikatakan akan kekal menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 845 selain hadir dengan memori 6GB RAM. Ia juga akan dijalankan dengan Android 9 Pie.
Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila markah yang diterima oleh Poco F2 bagi teras tunggal adalah lebih rendah berbanding Poco F1. Tetapi, Poco F2 menerima markah lebih tinggi pada ujian teras pelbagai.
Tiada sebarang maklumat mengenai ciri atau spesifikasi lain bagi peranti ini yang berjaya kami perolehi. Namun, sekiranya laporan ini tepat, diharapkan pihak Xiaomi Pocophone akan membawa penambahbaikan yang lain bagi menjadikan peranti ini berbaloi untuk dibeli.
Sumber: Geekbench India Today
Berkaitan
- OPPO F11 Pro Avengers Edition Kini Mendarat Di Malaysia, Harga Jualan RM1,399
- Xiaomi Mi Mix 3 Edisi Khas Forbidden City Mula Ditawarkan Pada Disember Ini
- Xiaomi Mi 9 Akan Dilancarkan Secara Global Di Acara MWC 2019 Nanti
- Peranti Perdana Xiaomi, Mi 7 Berkemungkinan Diperkenalkan Pada 23 Mei Ini
- Xiaomi Bakal Lancarkan Kenderaan Elektrik Isnin Depan
- Video Hari Ibu Dari Xiaomi, Buat Aeril Zafrel Meleleh Air Mata
- Xiaomi Redmi Note 5 Mungkin Akan Mula Dijual di Malaysia Pada 24 April
- Dapatkan Potongan 10% Dari Pembelian Koleksi Ekosistem Xiaomi Di Shopee
- CES 2017: Xiaomi - Mi TV4 Lebih Nipis Berbanding iPhone 7
- Xiaomi Mi Mix 3 Mungkin Dilancarkan Pada 15 Oktober Ini