Xiaomi Perkenal Tetikus MIJIA Air Dengan Mod Dwi Sambungan

Kita sedia mengenali Xiaomi sebagai pengeluar yang bukan hanya menawarkan telefon pintar malah pelbagai barisan produk yang lain. Antara peranti terbaru yang diperkenalkan adalah MIJIA Air, sebuah tetikus dengan kebolehan dwi-sambungan yang menambahbaik keluaran terdahulu.



Bagi produk terbarunya ini, MIJIA Air didatangkan dengan rekaan bergaya, nipis serta dijual pada pasaran China pada nilai 89 yuan atau lebih kurang ~RM53 berdasarkan tukaran matawang asing semasa.

Bukan sahaja harga ditawarkan lebih murah berbanding generasi yang pertama dahulu, ia juga dimuatkan dengan ciri lebih baik seperti mod dwi sambungan melalui Bluetooth dan penyesuai. Ini membolehkan tetikus ini mengawal lebih daripada satu peranti pada satu-satu masa.

Selain itu, ia juga mempunyai sensor fotoelektrik yang memberikan penggunaan lancar pada permukaan seperti kayu, meja plastik ataupun helaian kertas.

Sumber: GizmoChina