Xiaomi Perkenal Mi Panoramic Camera Dengan Sokongan Rakaman 360 Darjah

Xiaomi datang lagi!!!

Syarikat berpengkalan dari China itu kini hadir dengan sebuah kamera aksi yang diberi nama Xiaomi Mi Panoramic Camera.

Kamera berbentuk segi empat sama dan agak nipis itu dilengkapi dengan dua sensor yang berupaya menghasilkan imej/video 360 darjah.

aa-xiaomi-mi-panoramic-camera

Beberapa tahun kebelakangan ini, banyak syarikat yang mencuba untuk menghasilkan kamera 360 darjah dan sekarang Xiaomi juga mahu berjinak-jinak untuk menghasilkannya.

Mi Panoramic direka dengan dua lensa Fisheye 16 megapiksel dan membolehkan kedua-dua imej yang ditangkap dicantum serta menghasilkan gambar berersolusi 7K (6912 x 3456).

Bagi rakaman video pula, ia merakam video pada kadar

  • 30fps dengan resolusi 2456 x 1728

  • 60fps dengan resolusi 2304 x  1152


Berita baik kerana ia kalis debu dan air dibawah spesifikasi ip67.

Kamera ini turut menawarkan fungsi 6 paksi anti-gegaran elektronik  dan bagi storan ia mampu menampung sehingga 128GB menerusi kad mikroSD.

Rakaman bagi Mi Panoramic boleh dibuat sehingga 75 minit kerana ia diperkasa oleh bateri 1600 mAh.

Mi Panoramic Camera ini dianggarkan berharga ~RM1109.

https://www.youtube.com/watch?v=O-a7wFQvh7Q

Sumber: Android Authority