Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Paten Teknologi Yang Boleh Mengesan Bateri Kembung

Xiaomi Paten Teknologi Yang Boleh Mengesan Bateri Kembung

Diterbitkan Februari 10, 2021 oleh Amalina Athman

Sebelum popularnya bateri terbina beberapa tahun lalu, antara masalah yang sering dihadapi oleh pengguna adalah bateri yang cepat kembung. Selain usia bateri yang sudah lama, ia juga menunjukkan risiko bateri.

Terbaru, Xiaomi dilaporkan pernah memohon paten pada 20 Januari 2017. Bagaimanapun, hanya selepas 4 tahun baru lah paten tersebut diluluskan pada tarikh 9 Februari 2021.

Seperti paten yang dicadangkan dengan nama “Battery Expansion Prompt Method and Device”, ia merupakan kaedah atau teknologi untuk mengesan bateri kembung dan seterusnya memberikan amaran kepada pengguna.

teknologi kesan bateri kembung

Di bahagian penerangan paten tersebut, ia merangkumi tempat letak bateri, penutup belakang bateri, seramik piezoelektrik, dan litar pengesanan arus elektrik.

Teknologi ini secara berkesan dapat meramalkan sama ada bateri terlalu kembung dan dapat mengelakkan risiko yang disebabkan oleh bateri lithium tersebut.

Bagaimanapun, dengan penggunaan bateri yang lebih baik pada masa ini, tidak diketahui paten tersebut akan digunakan atau sebaliknya.

Sumber: mydriver

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY