Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi pad 6s pro

Xiaomi Pad 6s Pro 12.4 Inci Dijual Pada Harga Permulaan RM2,799

Diterbitkan Mei 15, 2024 · Dikemas kini Mei 15, 2024 oleh Amsyar Latif

Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran tablet terbaru mereka, Xiaomi Pad 6s Pro yang mana ia dijual pada tanda harga bermula RM2,799.

Tablet ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Skrin dilengkapi 12.4 inci 3K IPS dengan nisbah 3:2, kadar segar semula 144Hz serta kecerahan 900 nits, HDR 10 dan Dolby Vision.

Dua kamera belakang ditawarkan dengan 50MP utama serta bantuan bokeh 2MP dan kamera swafoto 32MP.

photo_2024-05-15 13.12.59
photo_2024-05-15 13.12.57

Berbekalkan bateri 10,000mAh, ia disokong pengecasan pantas 120W. Menerusi HyperOS pada Xiaomi Pad 6s Pro ini, ia menawarkan ciri baharu termasuk Home Screen+, cross-device collaboration dan Xiaomi Smart Hub.

Antara lainnya adalah 6 pembesar suara, USB C 3.2 Gen 1, Wi-Fi 7, bluetooth 5.3 dan NFC.

Selain tablet, Xiaomi juga membawa masuk aksesori baharu untuknya seperti Focus Pen dan Touchpad Keyboard.

Xiaomi Focus Pen_04
xiaomi pad keyboard

Akhirnya, papan kekunci untuk tablet Xiaomi didatangkan pad sentuh yang mana pengalaman penggunaan tablet jauh lebih selesa, umpama menggunakan papan kekunci di komputer riba. Sementara Xiaomi Focus Pen hadir dengan 8192 tahap tekanan dan kadar kependaman serendah 5ms.

Xiaomi Pad 6S Pro Cover_01

Aksesori seterusnya adalah selongsong tablet dengan rekaan terbaru yang mana ia boleh diletakkan pada posisi menegak atau mendatar.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Berikut adalah harga penuh bagi tablet dan aksesori tablet Xiaomi di Malaysia:

  • Xiaomi Pad 6s Pro (8/256) – RM2,799
  • Xiaomi Pad 6s Pro (12/512GB) – RM3,099
  • Xiaomi Focus Pen – RM399
  • Xiaomi Pad 6s Pro touchpad keyboard – RM699
  • Xiaomi Pad 6s Pro Cover – RM149

pad 6s pro offer

Bagaimanapun, ketersediaannya di Malaysia adalah esok, 16 Mei. Kepada anda yang berminat, Xiaomi menawarkan hadiah percuma papan kekunci dengan pad sentuh bagi setiap pembelian Pad 6s Pro untuk tempoh terhad dan selagi stok masih ada.

Beli Xiaomi Pad 6s Pro di Shopee – https://invl.io/cll4bep

Sumber: Siaran Media Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY