Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi pad 6s pro

Xiaomi Pad 6s Pro Telah Disenarai Untuk Pasaran Malaysia, SD 8 Gen 2, 120W

Diterbitkan Mei 13, 2024 · Dikemas kini Mei 13, 2024 oleh Amsyar Latif

Xiaomi Pad 6s Pro telah pun rasmi buat pasaran China tempoh hari. Kini, Xiaomi Malaysia mengacah kehadiran produk tersebut dan ia telah disenarai di Shopee untuk pasaran tempatan.

Berdasarkan spesifikasi yang diperlihat di Shopee, Xiaomi Pad 6s Pro dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan pilihan memori 8/12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 256/512GB UFS 4.0.

xiaomi pad 6s pro

Turut dilengkapi skrin berukuran 12.4 inci 3K IPS dengan nisbah 3:2, kadar segar semula 144Hz, kecerahan 900 nits dan menyokong HDR 10 serta Dolby Vision. Kamera belakang pula adalah 50MP utama serta bantuan bokeh 2MP. Sementara 32MP untuk kamera swafoto.

Selain itu, bateri sebesar 10,000mAh diberikan dengan sokongan pengecasan pantas 120W. Lain-lain adalah 6 pembesar suara, USB C 3.2 Gen 1, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.3, NFC dan menjalankan HyperOS.

Hanya satu pilihan warna ditawarkan, iaitu Graphite Grey. Namun, buat masa sekarang belum diketahui lagi berapa harga jualannya.

Beli Xiaomi Pad 6s Pro di Shopee – https://invl.io/cll4bep

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Xiaomi [1, 2]

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY