Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Pad 6 Max

Xiaomi Pad 6 Max Rasmi, Skrin 14″ Dan Snapdragon 8+ Gen 1

Diterbitkan Ogos 15, 2023 · Dikemas kini Ogos 15, 2023 oleh Firdaus

Pada minggu lepas, Presiden Xiaomi, Lu Weibing telah mengesahkan kehadiran Xiaomi Pad 6 Max pada 14 Ogos ini. Akhirnya, tablet paling berkuasa dalam siri Xiaomi Pad 6 telah dilancarkan pada hari Isnin semalam.

Spesifikasi Xiaomi Pad 6 Max

Xiaomi Pad 6 Max debuts with 14'' display and SD 8+ Gen 1, Smart Band 8 Pro also unveiled

Tablet ini dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1, memori 8GB RAM dan storan 256GB tetapi ia menyokong konfigurasi hingga 16GB RAM dan 1TB ROM.

14” 2.8K 120Hz display (10-bit panel)

Tablet ini dilengkapi skrin 14″ yang besar beresolusi 2,880 x 1,800p, sokong HDR10, Dolby Vision, kecerahan 600 nits, kadar segar semula 120Hz dan dilindungi Gorilla Glass 5.

Xiaomi Pad 6 Max mempunyai 8 pembesar suara di sekelilingnya dengan sokongan Dolby Atmos untuk tujuan gaming dan penstriman video.

10,000mAh battery with 67W fast charging

Peranti ini disokong bateri berkapasiti 10,000mAh dengan pengecasan pantas 67W, dan menyokong pengecasan berbalik 33W. Selain itu, tablet ini mempunyai kamera 50MP utama dan 20MP swafoto.

20MP front and 50MP rear cameras

Sama seperti Xiaomi Pad 6, tablet ini mempunyai papan kekunci dan stylus yang direka khas buatnya.

Harga & Ketersediaan

Tablet Xiaomi Pad 6 Max ini hadir dalam 4 pilihan konfigurasi yang boleh dipilih oleh pengguna:

  • 8GB / 256GB – CNY3,800 (~RM2433.24)
  • 12GB / 256GB – CNY4,000 (~RM2561.31)
  • 12GB / 512GB – CNY4,400 (~RM2817.44)
  • 16GB / 1TB – CNY4,800 (~RM3073.57)

Walau bagaimanapun, saya berpendapat model ini tidak akan dibawa masuk ke dalam pasaran Malaysia oleh Xiaomi, sama seperti Xiaomi Pad 6 Pro.

Namun begitu, model Xiaomi Pad 6 yang rasmi di pasaran tempatan ini sudah cukup memadai untuk penggunaan purata rakyat Malaysia.

Beli Xiaomi Pad 6 di Shopee: https://invl.io/cljj4hk

Beli Xiaomi Pad 6 di Lazada: https://invol.co/cljj4i5

Berkaitan

  • Ini Senarai Peranti Samsung Yang Akan Terima One UI 6
  • Maxis Tawar Akses 5G Percuma Sehingga 15 September
  • Cepat Muat Turun Secara Percuma 2 'Game' Bernilai Lebih RM100 Ini Sekarang
  • Beberapa Telefon Andalan 2024 Mungkin Kekal Dengan Snapdragon 8 Gen 2
  • Syarikat Tempatan Bangunkan Sistem Kawalan Bot Dengan Teknologi AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY