Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bot ai

Syarikat Tempatan Bangunkan Sistem Kawalan Bot Dengan Teknologi AI

Diterbitkan Ogos 15, 2023 · Dikemas kini Ogos 15, 2023 oleh ariff bukhari

Satu demonstrasi prototaip bot yang menggunakan sistem kawalan dengan teknologi kecerdasan buatan telah pun dilaksanakan baru-baru ini.

Bot prototaip dikenali sebagai Suraya Surveyor – Autonomous Surface Vessel itu dibangunkan oleh Syarikat Pesaka Mawar Sdn. Bhd hasil daripada projek “Autonomous Surface Vessel for Sedimentation Investigation in Port” di bawah pembiayaan Dana R&D Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Pembangunan bot itu turut mendapat kerjasama daripada Pusat Teknologi Tanpa Pemandu (CUTe) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

bot ai
Suraya Surveyor – Autonomous Surface Vessel

Pembangunkan sistem kawalan bot dengan teknologi kecerdasan buatan ini membolehkan ia beroperasi secara autonomi dengan keupayaan mengelak sebarang halangan di laut untuk kegunaan pengumpulan data permukaan dasar laut (bathymetric) bagi pemantauan mendapan di pelabuhan.

Teknologi yang dibangunkan ini juga berpotensi untuk diguna pakai bagi pelbagai aplikasi lain seperti pemantauan perairan, tinjauan bahan mineral dan sebagainya.

Syarikat Tempatan Bangunkan Sistem Kawalan Bot Dengan Teknologi AI
Sesi demonstrasi itu telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI serta wakil-wakil kementerian dan agensi berkaitan seperti Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), Pusat Hidrografi Nasional, Perbadanan Putrajaya, Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).

Projek sistem kawalan bot dengan teknologi kecerdasan buatan ini telah pun disiapkan pada 28 Februari 2023 lalu dan kini ia dalam fasa persediaan bagi pengkomersialan.

Berkaitan

  • Thailand Bina Prototaip Kereta Api 'Super' Mewah, Siap Dengan Pelayan Robot
  • Bandar Raya Kuching Bakal Guna Trem Swapandu Dikuasa Hidrogen Pertama Di Dunia
  • Maxis Tawar Akses 5G Percuma Sehingga 15 September

Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY