Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi, OPPO, LG Dan Alcatel Dilapor Semakin Kurang Gunakan Teknologi NFC

Xiaomi, OPPO, LG Dan Alcatel Dilapor Semakin Kurang Gunakan Teknologi NFC

Diterbitkan Februari 17, 2019 ยท Dikemas kini Februari 17, 2019 oleh Helmi Samsuri

Near Field Communications atau singkatannya, NFC, merupakan teknologi tanpa wayar jarak dekat yang menghubungkan peranti pintar anda dengan peranti lain.

Ketika mana syarikat seperti Apple, Huawei, Motorola, dan lain-lain lagi meningkatkan penggunaan cip NFC pada peranti mereka, empat pengeluar, Xiaomi, OPPO, LG dan Alcatel dilapor telah mengurangkan penggunaan cip itu.

Berdasarkan laporan dari ScientiaMobile, statistik menunjukkan penurunan sokongan NFC bagi empat syarikat diatas dari tempoh suku keempat 2015 hingga suku keempat 2018.

Screenshot 2019-02-17 at 2.10.32 PM
imej ScientiaMobile via XDA Developers

Langkah yang diambil syarikat tersebut berkemungkinan disebabkan kebanyakkan peranti pengeluar itu dipasarkan dirantau Asia, terutama sekali dua pasaran besar – China dan India yang lebih popular menggunakan teknologi kod QR seperti WeChat Pay, Alipay, Paytm dan UPI.

Kebanyakkan model yang ditawarkan juga adalah dari kelas pertengahan serta permulaan dan mungkin juga dengan pengurangan penggunaan cip NFC ini, ia dapat menjimatkan sedikit kos pembuatan.

Dari segi sistem operasi pula, platform iOS memperlihatkan peningkatan penggunaan NFC yang ketara berbanding Android dalam tempoh yang sama seperti diatas.

Screenshot 2019-02-17 at 2.09.03 PM
imej ScientiaMobile

Sumber:Mobile Overview Report dari Scientia Mobile via XDA Developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY