Xiaomi Mi Mix 2 - Peranti Skrin Hampir Penuh Bersama Snapdragon 835

Perkenalan Xiaomi Mi Mix di pasaran tahun lepas membuatkan ramai peminat terliur dengan rekaan tanpa bezel. Kali ini Mi Mix 2 akhirnya dilancarkan secara rasmi dalam satu acara di China hari ini.



 

Xiaomi Mi Mix 2 hadir dengan skrin lebih kecil tetapi dengan nisbah skrin yang yang lebih besar dengan saiz skrin 5.99 inci 18:9 HD penuh berbanding Mi Mix 6.4 inci 17:9.

Ini bermakna Mi Mix 2 memiliki bezel 12% lebih nipis bersama binaan kaca lengkung di semua sudut. Dilihat juga sensor pengimbas cap jari diletakkan di bahagian belakang peranti, maka ura-ura tentang teknologi sensor di bawah skrin adalah tidak benar.



Mi Mix 2 seperti yang diwar-warkan sebelum ini dikuasakan dengan cip pemprosesan 835 di gabungkan dengan pilihan RAM 6GB atau 8GB. Pilihan RAM ditawarkan dengan pilihan storan 64GB, 128GB atau 256GB manakala varian edisi khas 8GB pula hanya menawarkan storan 128GB bersama binaan badan seramik.



Peranti ini menyaksikan kamera utama 12MP Sony IMX386, sama seperti yang diketengahkan oleh Mi 6, dan juga sokongan penstablian imej optik 4-paksi. Manakala kamera selfie pula dengan sensor 5MP.

Nampak macam biasa kan? Sebenarnya walaupun Xiaomi menggunakan sensor dengan MP yang kecil namun mereka menggunakan saiz piksel yang lebih besar pada 1.25μm untuk membenarkan cahaya yang lebih. Ianya turut menampilkan nilai aperture f/2.0 bersama sokongan rakaman 4K pada 30fps dan 720p pada 120fps.



Ianya memiliki kapasti bateri 3,400mAh bersama pengecasan pantas 3.0. Bagi peminat, ianya sudah tentu agak mengecawakan kerana saiz bateri adalah 1000mAh lebih kecil berbanding model Mi Mix sebelum ini.

Xiaomi Mi Mix 2 hadir dengan MIUI 9 bersama Nougat 7 dan ditawarkan dengan pilihan warna hitam manakala varian edisi khas pula ditawarkan dalam hitam dan putih. Harga peranti ini diumumkan pada RMB 3,299 (~RM 2127) untuk model 6GB+64GB ,RMB 3,599 (~RM 2320) untuk model 6GB+128GB dan RMB 3,999 (~RM 2578) untuk model 6GB+256GB. Untuk model edisi khas 8GB+128GB pula dijual pada €700 (RM 3534).

Sumber

 

 

 

Berkaitan