Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi 9T Diumum Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Harga Dari RM1199

Xiaomi Mi 9T Diumum Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Harga Dari RM1199

Diterbitkan Jun 20, 2019 ยท Dikemas kini Jun 20, 2019 oleh Helmi Samsuri

Penantian peminat peranti kelas pertengahan Xiaomi akhirnya sudah menemui kelegaan setelah Mi Malaysia mengumumkan ketibaan Xiaomi Mi 9T di Malaysia.

Mi 9t:k20

 

Penawaran terbaru Xiaomi ini membawakan spesifikasi yang pasti menarik perhatian bakal pembeli dimana ia menggunapakai Snapdragon 730, pilihan memori simpanan antara 64GB dan 128GB ditemani oleh RAM sebesar 6GB.

Xiaomi Mi 9T Diumum Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Harga Dari RM1199

Paparan luas dihadapan tanpa takuk merupakan AMOLED berukuran 6.39 inci dengan sokongan FHD+ (2340 x1080). Rakaman selfie pula dibuat melalui kamera terangkat 20MP (f/2.2) sementara disebelah belakang mempunyai tiga lensa gabungan 13MP+48MP+8MP.

Xiaomi menyediakan tiga pilihan warna menawan iaitu Glacier Blue, Flame Red serta Carbon Black. Corak menawan itu pula dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 5 bersama-sama sisi melengkung dari kaca 2.5D.

Memperkuatkan lagi ciri pada Mi 9T adalah bateri yang berkapasiti 4000mAh, dicas melalui USB-C dengan daya 18W.

Xiaomi Mi 9T Diumum Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Harga Dari RM1199
Xiaomi Mi 9T Diumum Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Harga Dari RM1199

Harga rasmi bagi jualan tempatan diletakkan pada nilai RM1199 bagi memori 64GB sementara versi 128GB berada pada harga RM1399. Namun begitu, bagi anda yang berminat boleh dapatkan Mi 9T pada harga RM1099 sahaja menerusi pra-tempah di Lazada, bermula hari ini 20 Jun 2019 dan tamat pada 24 Jun 2019. Selain daripada itu, Mi Malaysia turut menyatakan pembeli di Lazada turut diberi peluang mendapatkan sebuah lagi Mi 9T secara percuma melalui cabutan bertuah.

Xiaomi Mi 9T Diumum Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Harga Dari RM1199

Versi 6GB/64GB dijual secara eksklusif di Lazada bermula 25 Jun 2019 sementara model 6GB/128GB ditawarkan pada 29 Jun 2019, disediakan eksklusif di Mi Store.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY