Xiaomi Mi 9 Kini Rasmi Dilancarkan, Peranti Snapdragon 855 Paling Murah Di Dunia

Setelah beberapa kali memberi gambaran mengenai Mi 9, Mi Malaysia kini mengumumkan secara rasmi kehadiran peranti tersebut menerusi penstriman secara langsung yang dibuat sebentar tadi.

Bagi yang belum maklum lagi, Mi 9 didatangkan dengan cip Snapdragon 855, RAM 6GB serta dua pilihan ruang simpanan, 64GB atau 128GB.



Panel paparan pula menggunakan ukuran 6.39 inci AMOLED dengan resolusi FHD+, bahagian takuk diisi dengan lensa 20MP serta menyokong imbasan cap jari terbina pada paparan.



Beralih kebahagian belakang, ia tetapan tiga kamera dibarisi dengan lensa utama 48MP, lensa telefoto 12MP serta 16MP sudut ultra-lebar.

Menjana peranti ini adalah bateri berkapasiti 3300mAh dengan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 4.0. Turut melengkapkan bahagian ini adalah pengecasan tanpa wayar 20W yang mana ia dijual pada harga RM129.





Harga jualan bagi variasi RAM 6GB/64GB adalah RM1699 dijual secara eksklusif di Lazada sahaja.

Sementara itu bagi RAM 6GB/128GB harganya adalah RM1999 dan pra-tempah bermula pada 6 April 2019. Bagi variasi ini, pembelian pra-tempah bagi 1000 pembeli terawal akan menerima pengecas tanpa wayar 20W secara percuma. Menariknya tentang variasi ini Warna-warna yang ditawarkan pula adalah Piano Black dan Ocean Blue manakal Lavender Violet akan ditawarkan pada tarikh yang tidak didedahkan lagi.