Xiaomi Mi 9 Akan Dirasmikan Untuk Pasaran Tempatan Rabu Ini

Seminggu lebih yang lalu, Mi Malaysia sudah melancarkan dengan rasminya dua model dibawah sub-jenama mereka, Redmi Note 7 dan Redmi 7 untuk pasaran Malaysia.

Kini mengambil giliran adalah model flagship, Mi 9 yang telah dijadualkan pengenalannya pada Rabu bersamaan 3 April ini. Majlis pelancaran ini boleh ditonton secara penstriman langsung pada jam 9 malam dilaman Facebook Mi Malaysia.


Pertama kali membuat kemunculan sekitar acara MWC 2019 yang lepas, Mi 9 didatangkan dengan kelengkapan berkuasa seperti cip pemprosesan Snapdragon 855, tetapan tiga kamera belakang yang berjaya menghuni tangga kelima penanda aras DxoMark.

Harga rasmi masih belum diketahui lagi tetapi berdasarkan penyenaraian oleh DirectD, versi RAM 6GB dan storan 128GB diletakkan pada harga RM1999.

Model ini juga terdapat dalam variasi RAM 6GB dan ruang simpanan 64GB.

https://www.youtube.com/watch?v=PVuA2cwwk60