Xiaomi Mengesahkan Mi 9 Pro Dan Mi Mix 4 Akan Dilancarkan Pada 24 September Ini


Xiaomi dilihat sedang membuat persiapan untuk mengadakan acara istimewa pada 24 September ini di mana ia akan memperkenalkan telefon pintar 5G terbaru iaitu Xiaomi Mi 9 Pro dan Mi Mix 4.

Di samping dua peranti baru tersebut, syarikat itu juga akan memperkenalkan MIUI 11 serta Mi TV.



Mi 9 Pro dijangka akan hadir dengan reka bentuk yang sama dengan Mi 9 dengan skrin super AMOLED 6.39 inci yang sama. Ia akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 855+ dan mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 4,000 mAh.

Telefon ini juga akan menjadi peranti pertama untuk menyokong pengecas tanpa wayar 30W Mi Charge Turbo yang telah diumumkan minggu lepas.



Bagi Mi Mix 4  pula, dikhabarkan ia juga akan datang dengan cip pemprosesan Snapdragon 855+ dan paparan skrin QHD melengkung. Apa yang lebih menarik, peranti ini akan dilengkapi dengan lensa kamera terbaru 108MP  bersama lensa telefoto dan lensa ultra sudut lebar. Menurut beberapa spekulasi, peranti ini mungkin akan dipanggil dengan nama Mi Mix Alpha tetapi masih belum ada kenyataan rasmi dari Xiaomi mengenai nama lain peranti ini.

Sumber:gsmarena

Berkaitan