Dari segi spesifikasi, Honor 20 hadir dengan skrin bersaiz 6.26 inci (IPS lCD) bernisbah 19.5:9. Ia juga hadir dengan cip pemprosesan Kirin 980 (7nm), kapasiti RAM 6GB dan penyimpanan memori 128GB.
Dari segi kamera, Honor 20 menampilkan telefon pertama keluarannya yang menggunakan kombinasi empat kamera iaitu 48 MP (f/1.8), 16MP (f/2.2) ultra lebar, 2MP (f/2.4) untuk kamera makro dan 2MP (f/2.4) "depth sensor" dan menyokong rakaman video sehingga 4k @ 30fps.
Bagi kamera hadapan pula Honor 20 masih mengekalkan "punch hole display" seperti Honor View 20 tetapi hadir dengan saiz yang lebih besar dengan penggunaan kamera 32MP (f/2.0). Peranti dengan bateri berkapasiti 3750 mAh ini turut menyokong pengecasan pantas melalui Huawei SuperCharge 22.5W di mana ia mampu mengecas dari 0% ke 50% dalam masa 24 minit.
Apa yang lebih menariknya lagi berkenaan dengan telefon pintar ini, Honor turut memperkenalkan Mira Filzah sebagai Honor's Wonder Girl bagi siri Honor 20 ini. Honor 20 dijual pada tanda harga RM 1,699 dan mempunyai dua pilihan warna iaitu Midnight Black dan juga Sapphire Blue.
Para pelanggan yang membeli ini akan mendapat hadiah percuma bernilai RM 500 dengan setiap pembelian Honor 20. Hadiah yang disediakan berupa Honor SoundStone Portable Bluetooth Speaker, Honor Band 4 dan juga Honor Backpack.
Jadi kepada yang berminat dengan peranti ini, anda boleh mendapatkannya di Honor Experience Stores yang berdekatan.
Berkaitan
- Gambar Milik Pemuda Malaysia Ini Viral Di Laman Instagram Apple
- Redmi K20 Pro Mendapat Skor 102 Mata Dalam Ujian Kamera Dxomark
- ASUS Malaysia Mengumumkan Beberapa Model Siri ROG Untuk Pasaran Tempatan
- Oppo Menyelaraskan Produknya Kepada 3 Siri Iaitu Reno, Find Dan A Untuk Tahun 2019
- Digi Tawar Pra Tempahan Iphone 11, Iphone 11 Pro Dan Iphone 11 Pro Max Bermula 20 September Ini
- Shopee Perkasakan Jenama dan Penjual Malaysia Untuk Manfaatkan Ledakan E-Dagang Sempena 10.10 Brands Festival
- U Mobile Dan Impact Malaysia Bekerjasama Untuk Mempersembahkan Seni Mural
- Maxis Dan UKM Bekerjasama Untuk Melonjakkan Pembelajaran Digital Di Malaysia
- iPhone 11 Pro Max Mendapat Skor Melebihi 520,000 Dalam Antutu Benchmark V8
- Pelancaran Xiaomi Mi Watch Premium Edition Ditunda Sehingga Februari 2020