Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vivo Bekerjasama Dengan Bo Linneman Untuk Hasilkan Logo Baru

Jualan Vivo Di India Meningkat 108% Pada Suku Pertama 2019

Diterbitkan Jun 18, 2019 · Dikemas kini Jun 18, 2019 oleh irfan suhaimee

Canalys baru-baru ini telah melaporkan bahawa Vivo telah mencatatkan prestasi terbaiknya di India pada suku pertama 2019, dengan penghantaran lebih daripada 4.5 juta unit telefon pintar.

Indian Smartphones By Brand
Pasaran telefon pintar Vivo meningkat 15%

Ia merupakan hasil yang terbaik oleh syarikat pengeluar telefon pintar itu sejak suku ketiga tahun 2018. Syarikat pengeluar telefon pintar ini juga berada pada tempat ketiga dalam keseluruhan pasaran telefon pintar di India, dengan mengambil 15% daripada pasaran, meningkat daripada 7.3% setahun lalu.

Vivo 108
Walaupun berlaku peningkatan 108%, namun Vivo masih berada di bawah Samsung dan Xiaomi.

“Vivo telah membuat taruhan yang mahal dalam menaja Kriket Liga Perdana India (IPL) dan syarikat telefon pintar itu juga telah membuat beberapa pelaburan pemasaran yang bijak, yang juga termasuk menandatangani pelakon Bollywood yang terkenal iaitu Aamir Khan sebagai duta jenamanya . Vivo dikatakan telah membayar enam kali jumlah sebelumnya untuk mengekalkan penajaan IPL, yang dianggap sebagai liga terkaya di dunia” Rushabh Doshi, Pengarah Penyelidikan di Canalys.

 

Jualan Vivo Di India Meningkat 108% Pada Suku Pertama 2019

Aamir Khan sebagai duta Vivo di India.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu, berkata “Kami sangat terinspirasi dan bermotivasi untuk melihat hasil pertumbuhan telefon pintar Vivo di India dan juga saya yakin bahawa kami juga akan terus menguasai bahagian pasaran yang lebih tinggi di Malaysia dengan produk-produk  hebat yang kami akan kami tawarkan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY