Diperkenalkan terlebih dahulu pada Ogos lepas di China, ia merupakan telefon pintar pertama lengkap berkamera 64MP. Dalam usaha membawanya untuk peminat tempatan, Xiaomi Malaysia semalam sudah mula mengacah kehadiran peranti tersebut.
Perkhabaran itu bagaimanapun tidak menyatakan sebarang tarikh dan variasi manakah yang akan dipasarkan di Malaysia. Siri Redmi Note 8 mempunyai dua versi; standard dan Pro yang sudah pasti mempunyai perbezaan antara keduanya.
Redmi Note 8 Pro adalah peranti yang dikuasakan dengan cip Helio G90T, RAM 6GB/8GB bersama storan antara 64GB atau 128GB. Bagi janaan kuasa, bateri 4500mAh dibekalkan yang mana ia menyokong pengecasan pantas 18W.
Tetapan kamera menampilkan lensa 64MP+8MP+2MP+2MP manakala bahagian hadapan dengan kamera 20MP.
Untuk sebuah lagi versi, ia bakal menggunapakai Snapdragon 665, RAM 4/GB/6GB dengan kapasiti storan 64GB/128GB. Turut mempunyai 4 kamera namun, ia lensa utama adalah 48MP. Dimuatkan dengan bateri 4000mAh, sokongan pengecasan sama seperti model pro iaitu 18W.
Sama ada hanya versi Pro sahaja akan dibawa masuk atau kedua-duanya sekali, sama-sama kita nantikan pengumuman daripada Xiaomi Malaysia.
Berkaitan
- Spotify Adakan Promosi Pelan Premium Serendah RM2 Untuk Langganan Kali Pertama
- Tertiris: Imej 3 Model Telefon Pintar Sony Bagi Tahun 2018
- Huawei Perkenal Nova 5, Nova 5 Pro Dan Nova 5i
- Laptop MSI Dengan RTX 3080 Ti Sudah Masuk Malaysia, Harga Sehingga RM19,999
- Bocoran Video Memperlihatkan Nokia 8.1 Lebih Awal Sebelum Dilancarkan
- Redmi Note 7 Pro Dilancarkan Bersama Kamera 48MP Dan Snapdragon 675
- Rakyat Malaysia Paling Banyak Beli Permainan Digital Di Rantau Asia Tenggara
- Malaysia Kini Fokus Untuk Melajukan Sambungan Internet
- Pra-Tempah Siri OPPO Find X2 Pro Dibuka Hari Ini
- OPPO Find X3 Pro Murah RM300 Dari Harga Asal