Berdasarkan kenyataan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia kepada pihak media, sudah hampir 80% rakyat Malaysia mempunyai akses kepada jalur lebar walaupun pada kelajuan yang rendah.
Oleh hal yang demikian, kerajaan bakal mengalih tumpuan untuk melajukan sambungan kepada internet tersebut selari dengan Pelan Malaysia ke 11 dan menyasarkan sambungan 100Mbps di kawasan bandar dan 20Mbps di kawasan luar bandar.
"Kelajuan purata di Malaysia hari ini membolehkan perdagangan dalam talian. Malah, pertumbuhan internet terbukti daripada penggunaan Zalora, Fashion Valet dan Lazada, " ujar beliau kepada Free Malaysia Today.
Selain daripada itu, satu laporan kajiselidik yang dikeluarkan oleh Cable.co.uk menyenaraikan Malaysia di tangga ke-63 seluruh dunia dengan kelajuan muat turun 6.69Mbps.
Kajiselidik yang dijalankan di 189 buah negara dalam tempoh 12 bulan yang tamat pada Mei lepas, menunjukkan Malaysia agak ketinggalan dengan Singapura dan Thailand tetapi lebih baik berbanding negara jiran Asean yang lain.
- Singapura - 55.13 Mbps
- Thailand - 16.85 Mbps
- Vietnam ranked - 5.46 Mbps
- Indonesia - 5.19 Mbps
- Brunei - 3.83 Mbps
- Filipina - 3.69 Mbps
- Kemboja - 3.1 Mbps
- Myanmar - 2.09 Mbps
- Laos - 1.94 Mbps
Untuk lebih senang difahami, proses muat turun filem HD bersaiz 7.5 GB akan mengambil masa lebih kurang...
- 18 minit 34 saat dengan kelajuan internet di Singapura dan
- 33 minit 3 saat dengan kelajuan internet di Malaysia
...bagi filem HD yang sama.
Sumber: Free Malaysia Today
Berkaitan
- Cara Untuk Membersihkan Entri Autofill Yang Tidak Diingini Di Google Chrome
- Kerjasama Grab Dan Celcom Berikan Tawaran Menarik Kepada Pelanggan
- Facebook Bakal Hadir Dengan Sokongan Video 4K
- 7 Tips Mengambil Gambar Kualiti Tinggi Dengan Menggunakan Telefon Pintar
- Permainan PlayStation Untuk Platform Telefon Pintar?
- Pengguna Malaysia Sudah Boleh Mengakses Google Store
- RF 85mm F1.2L Lensa Terbaru Dari Canon Mampu Tambah Baik Rakaman Potret
- ASUS Grand Sale - Tawar Diskaun Serta Baucar Berjumlah RM200,000 Untuk Bakal Pembeli
- Zoo Mini Teruntum Bakal Guna "Smart Toilet"
- Tencent Lancarkan Platform Jualan Permainan WeGame X Untuk Pengguna Global