Huawei Perkenal Nova 5, Nova 5 Pro Dan Nova 5i

Walaupun sedang bergelut dengan isu penarikan lesan Android serta halangan perdangangan dengan syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat, itu semua bukanlah penghalang kepada Huawei untuk membuat pengenalan peranti baru.

Pada sebuah acara yang berlangsung di China hari ini, Huawei telah membariskan tiga model baru dalam siri Nova yang akan dikenali sebagai Nova 5 Pro, Nova 5 dan Nova 5i.

Huawei Nova 5 Pro



Dimulakan dengan Nova 5 Pro, ia merupakan versi paling teratas diantara ketiga-tiga model yang dilancarkan. Dilengkapi dengan panel paparan AMOLED berukuran 6.39 inci. Skrin paparan bertakuk seperti Huawei P30 Pro itu turut diletakkan dengan sensor imbasan cap jari dibawahnya.

Rakaman foto talaan hadapan menggunapakai kamera 32MP sementara bahagian belakang terdiri daripada 4 kamera; 48MP, 16MP sudut lebar, 2MP depth , dan 2MP Macro.

Mengisi bahagian dalaman peranti adalah cip berkuasa Kirin 980, dibantu oleh RAM 8GB, dengan storan pilihan antara 128GB dan 256GB. Ciri lain yang boleh didapati pada Nova 5 Pro adalah bateri 4000mAh dengan sokongan Huawei SuperCharge 40W. Harga jualan bermula dari 2999 yuan (~RM1811) sehingga 3399 (~RM2053).

Huawei Nova 5



Sebelum ini, Huawei ada mengacah kedatangan cip baru dipanggil sebagai Kirin 810. Nova 5 merupakan peranti pertama yang akan dilengkapkan dengan cip ini dimana ia mempunyai 2x teras Cortex-A76 memproses pada kadar 2.2GHz, 6x teras Cortex-A55 yang ditetapkan pada kelajuan 1.88GHz. Bahagian grafik pula didokong oleh Mali-G52 MP6.

Nova 5 hanya hadir pada satu variasi memori iaitu RAM 8GB dengan memori simpanan 128GB dan dijual pada harga 2999 yuan (~RM 1811). Lain-lain spesifikasi dilihat sama seperti versi Pro.

Huawei Nova 5i



Turut sama menaiki pentas pelancaran hari ini adalah Huawei Nova 5i yang lebih terarah kepada peranti mampu milik. Nova 5i hadir dengan skrin paparan LCD 6.4 inci dengan rekaan punch hole, menempatkan kamera selfie 24MP (f/2.0).

Tetapan kamera belakang pula memperlihatkan lensa 24MP sebagai sensor utama, dibantu 8MP sudut lebar, 2MP Macro, dan 2MP depth.

Menjana dari dalam adalah cip Kirin 710 dengan gandingan RAM 6GB/8GB serta memori dalaman 128GB. Dibekalkan dengan kapasiti bateri sama seperti "abang-abangnya" (4000mAh), Nova 5i hanya menyokong pengecasan pantas 18W sahaja. Harga yang diletakkan pada model ini bermula dari 1999 yuan (~RM1207) sehingga 2199 yuan (~RM1328).