Xiaomi Malaysia Adakan Penstriman Langsung Poco F2 Pro 10 Jun Ini

Xiaomi Malaysia sebelum ini telah menetapkan POCO F2 Pro akan rasmi dijual di Malaysia bermula 10 Jun ini. Harga yang ditetapkan bagi penawaran terbaharu itu adalah RM2199 untuk variasi RAM 6GB/128GB.

Sementara konfigurasi memori lebih tinggi iaitu RAM 8GB/256GB pula dipasarkan pada nilai RM2599. Ia turut disertakan dengan aksesori penyejukan, BlackShark Funcooler yang bernilai RM139.

Bagi memeriahkan hari jualan pertama itu, Xiaomi Malaysia bakal mengadakan penstriman langsung yang boleh ditonton dari laman rasmi Facebook Xiaomi Malaysia pada 10 Jun ini tepat jam 8 malam.



Menurut Xiaomi, mereka bakal mengumumkan promosi istimewa sewaktu penstriman itu dilangsungkan. Untuk makluman anda juga, POCO F2 Pro versi permulaan akan dijual pada harga promosi RM1999 (harga asal RM2199. Sekiranya anda mahu penjimatan RM200 ini, ia ditawarkan pada platform Lazada dalam tempoh satu hari sahaja.



Untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi yang dibawa pada POCO F2 Pro, boleh lanjutkan bacaan disini - Poco F2 Pro Rasmi Dilancarkan – ‘Flagship Killer’ Kini Kembali Semula?

Beli Poco F2 Pro dengan harga promosi RM1999 di Lazada pada 10 Jun 2020.